suria

Syatilla Melvin masuk hospital selepas 4 hari bersalin… Alami sakit kepala hingga sukar susukan bayi

Syatilla alami sakit teruk sehingga sukar untuk susukan bayi.

EMPAT hari selepas melahirkan anak ketiga melalui kaedah pembedahan, pelakon Syatilla Melvin kembali dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami masalah sakit kepala dan tulang belakang.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri kepada Shaheizy Sam itu dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin lahir anak ketiga pada 8 Syawal, Shaheizy Sam teman di dewan bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam kongsi wajah anak, pilih nama Salama Samheizy... Syatilla Melvin berpantang di Melaka

"Hari keempat selepas pembedahan, tumpas lagi ke pangkuan hospital.

"Kena serangan spinal headache yang sangat teruk. Tidak boleh bangun dan susukan bayi," ujarnya.

Hari keempat selepas pembedahan, tumpas lagi ke pangkuan hospital

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Menerusi ruangan komen, Syatilla dilihat sempat berbalas gurauan dengan adiknya iaitu Syifa Melvin yang meragui kakaknya itu serik untuk kembali hamil.

"Bagilah ruang anak aku jadi cucu bongsu lama sikit," jawab Syatilla.

syatilla 2

Syatilla selamat melahirkan anak ketiga pada Isnin.

Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin lalu bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Anak ketiga pasangan ini diberi nama Salama Samheizy.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain