BIMBANG terbawa-bawa karakter seorang wanita garang, Emma Maembong akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas penggambaran. Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, watak dalam drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta benar-benar mengubah dia menjadi seorang yang berbeza. ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati Emma Maembong ‘bibik’ dilayan baik akhirnya lari ikut kekasih - “Baru belikan telefon bimbit baharu... rupa-rupa kenal lelaki di Facebook” ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu kunci mulut akhirnya suami Emma Maembong umum kelahiran anak lelaki “Saya takut terbawa-terbawa watak ini sehingga memberi kesan kepada keluarga. “Jadi apabila tiba di rumah saya akan terus berehat dan jauhkan diri dari keluarga. Saya akan ambil masa bersendirian dahulu. “Ada masanya saya dapat rasakan diri saya menjadi seorang yang cepat marah sehingga pernah tinggikan suara dengan pembantu peribadi,” ujarnya kepada mStar. Emma bimbang watak dalam drama memberi kesan ke atas hubungan dia dan suami Emma yang mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazril Azhar pada Februari 2020 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang berusia setahun. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak terus melayan emosi cepat marah seperti yang dilakukan di set penggambaran. “Saya akan ingatkan diri saya ini hanyalah lakonan dan sikap baran itu bukan diri seorang Emma Maembong. Saya perlu cepat-cepat tukar karakter apabila tamat satu babak. Sepanjang bergelar pelakon ini pertama kali saya bawa watak ganas sebegini sehingga perlu mendera suami sendiri EMMA MAEMBONG PELAKON “Selain itu saya sentiasa cuba untuk jadi seorang yang periang dan kacau orang di set penggambaran. Kalau saya terus diam bersendirian bimbang watak yang dibawakan akan kekal dalam diri saya,” katanya. Pertama kali membawa watak sebegini, Emma akui agak sukar untuk mendalaminya ketika awal penggambaran. “Sepanjang bergelar pelakon, ini pertama kali saya bawa watak ganas sebegini sehingga perlu mendera suami sendiri. Fikry menjadi mangsa keganasan rumahtangga dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta “Memang susah nak bawakannya dan saya juga gementar setiap kali di set penggambaran. “Selalunya saya akan pandang muka pengarah untuk melihat reaksi dia selepas saya melakonkan satu babak. “Ada masa saya juga kecewa dengan diri sendiri kerana merasakan satu babak itu boleh dilakukan lebih baik lagi,” jelasnya. Menerusi drama arahan Hadith Omar ini, Emma bergandingan dengan Fikry Ibrahim yang membawa membawa watak seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri. Nusyuz Berkiblat Cinta ditayangkan setiap Ahad di saluran Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 3 April ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI