VIDEO berpelukan penyanyi Yazmin Aziz dan Danial Chuer yang menerima reaksi kurang senang netizen turut mendapat perhatian penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Ridhuan yang juga merupakan profesor Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menegur kelakuan dua selebriti itu yang disifatkan tidak menjaga adab dan sensitiviti masyarakat. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak senang tengok Yazmin Aziz dan Danial Chuer asyik berpeluk, nasihat jaga batas walaupun kawan baik ARTIKEL BERKAITAN: Ridhuan Tee geli tengok adegan panas Zul Ariffin, gatal macam tak pernah masuk TV! Cadang hantar resume ke Korea “Macam-macam boleh terjadi apabila dah berpeluk, walaupun tidak ada niat apa-apa pada awalnya. “Ini bukan soal pendapat netizen atau tidak kisah dengan komen negatif, tetapi ia berkaitan adab-adab pergaulan budaya timur dan orang Melayu. Akibat terlalu mesra berdua, Yazmin menerima padah dikecam netizen “Bukan sahaja dalam agama Islam, agama lain pun pentingkan adab pergaulan dan tidak membenarkan bergaul atau berpeluk bebas sebegini. “Kalau hendak peluk sangat elok buat persiapan kahwin sahaja” katanya kepada mStar. Sebelum ini, mStar melaporkan Yazmin mengambil jalan mengabaikan semua komen negatif netizen yang menegur aksi berpelukan dengan Danial yang dimuat naik di laman TikTok. Yazmin juga menganggap Danial seperti abang sendiri dan tindakan berpelukan itu sebagai tanda kasih-sayang mereka. Mengulas hal tersebut, kata Ridhuan, mana-mana individu berhak menolak untuk dipeluk oleh seseorang yang bukan mahram. “Tidak elok gunakan istilah ‘macam abang’ sebagai tiket untuk berpeluk dengan seseorang yang bukan mahram. “Kita berhak menolak untuk tidak berpeluk dan cukup dengan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat. “Jika bersalam pun tidak digalakkan, apatah lagi berpeluk,” ujarnya. Yazmin tidak ambil peduli komen negatif netizen Dalam masa sama Ridhuan turut menasihatkan agar kedua-kedua penyanyi itu menggantikan solat jika pernah ditinggalkan sepanjang terlibat dalam program Big Stage 2022 baru-baru ini. Beliau turut memuji Marsha Milan sebagai seorang mualaf yang tidak henti melafazkan kata zikir selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36). “Saya tidak pasti mereka (Yazmin dan Danial) ini sembahyang atau tidak sepanjang Big Stage. Jika tertinggal eloklah ganti. Namun jika menunaikan sembahyang.... Alhamdulillah. “Saya contohi Marsha yang viral selepas menang AJL36. Dia tidak putus mengucapkan zikir ketika berada dalam kejayaan. “Tidakkah kita rasa malu dengan mualaf sepertinya? Sedangkan kamu berdua lahir sebagai Islam” kata beliau. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI