suria

Hisyam Hamid tangguh hasrat balik Singapura meski sempadan negara sudah dibuka... Akui sukar berjauhan dengan keluarga

Terpaksa berjauhan dengan keluarga demi tuntutan kerja.

KESIBUKAN kerja dan jadual penggambaran yang padat menyebabkan pelakon Hisyam Hamid terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang ke Singapura.

Meskipun sempadan negara sudah dibuka sejak 1 April lalu, Hisyam, 37, berkata dia reda menyambut Ramadan bersendirian tanpa kehadiran isteri dan dua anak tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tipu la kalau tak cemburu... dia juga wanita” - Hisyam Hamid bincang dengan isteri sebelum terima watak, padam mesej merepek

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sudah lalui kehidupan broken family, tak mahu anak-anak rasai sama” - Hisyam Hamid tak terlepas dugaan dalam rumah tangga

"Sepatutnya apabila sempadan negara dibuka akan memudahkan lagi saya untuk balik ke Singapura.

"Namun disebabkan jadual kerja saya terpaksa tangguhkan hasrat untuk ke sana. Kali ini merupakan tahun kedua saya sambut Ramadan tanpa keluarga di sini. Apa boleh buat? Ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan.

"Bagaimanapun saya mungkin akan pulang seminggu sebelum menyambut hari raya nanti," katanya kepada mStar.

hisyam hamid 3

Hisyam bersama isteri dan anak-anak

Kata Hisyam, kali terakhir dia pulang ke sana adalah pada Disember tahun lalu.

Sejak dunia berdepan dengan pandemik Covid-19, hanya tiga kali Hisyam berpeluang pulang ke Singapura dan tempoh paling lama tidak berjumpa keluarga adalah selama 13 bulan.

Apa boleh buat? Ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan

HISYAM HAMID

PELAKON

Berjauhan dengan keluarga pastinya banyak memberi cabaran buat Hisyam terutama ketika dia melalui waktu sukar.

"Memanglah teknologi boleh menghubungkan kita namun perasaannya tidak sama seperti berada di depan mata.

"Ada ketika saya merasa sangat down dan perlukan teman untuk berbual, namun hanya dapat dilakukan melalui panggilan telefon sahaja.

hisyam hamid 2

Hisyam tangguhkan hasrat untuk pulang ke Singapura menyambut Ramadan

"Berjauhan dengan keluarga banyak memberi cabaran terutama dari segi mental," ujarnya.

Dalam masa sama, Hisyam turut meluahkan rasa sebak apabila melihat beberapa video kepulangan warga Malaysia dan Singapura apabila sempadan mula dibuka.

"Ada antara mereka yang tidak pernah berjumpa keluarga sejak Covid-19 melanda.

"Saya faham perasaan mereka dan merasa sebak melihat orang ramai yang pulang ke pangkuan keluarga setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Saya masih bersyukur kerana dalam tempoh pandemik pernah juga bertemu keluarga di Singapura," ujarnya.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain