suria

“Tipu la kalau tak cemburu... dia juga wanita” - Hisyam Hamid bincang dengan isteri sebelum terima watak, padam mesej merepek

Hisyam Hamid tidak sia-siakan kepercayaan yang diberikan isteri.

SERING bergandingan dengan ramai heroin, Hisyam Hamid bersyukur isterinya Rosmawati Hanafi sangat memahami kerjaya sebagai seorang pelakon.

Malah, Hisyam, 36, berkata, isterinya juga seorang pengkritik jika lakonannya bersama pasangan dalam drama kelihatan kekok.

"Isteri adalah pengkritik utama, kalau dia tengok saya kekok dengan pasangan wanita dan tidak ada chemistry, dia akan tegur.

ARTIKEL BERKAITAN: Digandingkan sebagai adik-beradik dalam Cukup Derita Itu, Farhan Asri malu dipuji wajah seiras Hisyam Hamid

"Bukan sebab dia tak cemburu, bohong la kalau tak cemburu sebab dia juga wanita, Tapi daripada sudut profesional dia seorang yang sangat memahami," ujarnya kepada mStar.

Hisyam berkahwin dengan Rosmawati pada 2 September 2006

Hisyam ditemui pada sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.

Drama Hatimu Sedingin Salju yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 turut menampilkan Aprena Manrose dan Hafeez Mikhail,

Pelakon Abang Bomba I Love You ini juga berkata, dia akan berbincang dengan isterinya terlebih dahulu sebelum menerima sesebuah watak.

Ada je orang mengurat, tapi saya tak layan... saya akan delete semua DM tu.

HISYAM HAMID

PELAKON

"Sebab tu saya masih lagi ada dalam industri selama tujuh tahun sebagai pelakon. Kalau tak kerana dia seorang isteri yang memahami saya rasa mungkin dah tak ada dekat sini," ujarnya.

Bagaimanapun, Hisyam berkata, sebagai suami dia juga perlu menjaga kepercayaan yang diberikan itu dengan baik.

Dalam pada itu kata Hisyam, dia juga mengambil pendekatan untuk mengenali suami atau kekasih pasangan heroinnya supaya tidak timbul perasaan cemburu di kedua-dua belah pihak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Benda tu adalah kepercayaan, sebagai suami saya kena jaga kepercayaan tu.

"Kalau dah tahu pasangan saya dalam lakonan tu dah berpunya saya akan ambil effort untuk kenal partner dia supaya boleh jadi kawan dan tak ada isu cemburu dan senang bekerjasama.

Hisyam digandingkan dengan pelakon Aprena Manrose dalam drama Hatimu Sedingin Salju.

Malah Hisham juga tidak menafikan pernah menerima gangguan daripada peminat namun dia mengambil pendekatan untuk enggan melayan perkara yang boleh mendatangkan masalah.

"Ada je orang mengurat, kalau dalam DM (mesej langsung) tu macam-macamlah. Tapi saya tak layan, saya akan delete semua DM tu, kalau benda tu saya boleh elak, saya elak. Sebab saya ada anak dan isteri tunggu saya balik rumah," katanya.

Hisyam mendirikan rumah tangga bersama Rosmawati pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syamielah, 14 dan Hayden, 12.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain