suria

Hafeez Mikail sedar diri tak ‘famous’, pengikut rendah - “Satu hari nanti nama saya akan fade away... takkan laku”

Hafeez Mikail akui tidak merajuk dengan industri lakonan.

KEHADIRAN ramai pelakon baharu dengan jumlah pengikut media sosial yang tinggi sedikit-sebanyak menggugat kedudukan aktor Hafeez Mikail dalam industri hiburan.

Menurut Hafeez atau nama sebenarnya, Muhd Hafiz Muhd Zaki, 29, dia sedar populariti di media sosial menjadi kayu ukur bagi seseorang penggiat seni untuk terus bertahan.

"Dulu dunia lakonan adalah pendapatan utama. Tapi sekarang ramai pelakon baharu yang lebih berbakat serta mempunyai followers ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Saja Kemampuan Saya” – Hafeez Mikail

"Jadi saya tahu satu hari nanti nama saya akan fade away... takkan laku. Jadi tak mengapalah... saya tak famous," katanya kepada mStar.

Hafeez ditemui pada sidang media drama Hatimu Sedingin Salju yang diadakan secara maya pada Khamis.



Terbaharu Hafeez dalam drama Hatimu Sedingin Salju.

Bercerita lanjut tentang masa depannya dalam bidang seni, Hafeez berkata dia kini menjadikan kerjaya sebagai pelakon sebagai hobi.

"Jadi kini saya buat ni sebagai hobi, mungkin juga saya akan lebih pilih job sebab sudah sampai masanya (perlahankan kerjaya seni).

Saya tak akan berhenti, saya akan terus berlakon kerana sudah melakukan kerja ini sejak berusia 16 tahun

HAFEEZ MIKAIL

PELAKON

"Tapi bukan bermaksud saya merajuk, I love my job. Tapi apa yang saya buat sekarang boleh beri pendapatan pasif.

"Sebab tu saya ambil inisiatif untuk buat sesuatu yang lain," katanya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Hafeez dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada perniagaan kedai makan dan bidang perundingan kewangan.

"Saya tak akan berhenti, saya akan terus berlakon kerana sudah melakukan kerja ini sejak berusia 16 tahun.



Hafeez mula giat aktif dalam dunia lakonan sejak umur 16 tahun.

"Tapi nak kata kurang tawaran berlakon tak juga, setiap bulan tu ada je penggambaran. Mungkin tak terlalu ke tengah.

"Hakikatnya ada je job sampai ada masanya kena tolak sebab sekarang saya ada bisnes sendiri, jadi tak ambil watak besar sangat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain