suria

“Biadab... nanti dapat isteri tak boleh hamil apa dia rasa?” - Ika Nabella bengang individu tuduh Elizad mandul, tiga tahun lalui situasi sama

Ika Nabella geram dengan komen tak masuk akal yang dilemparkan terhadap Elizad Sharifuddin.

PELAKON Ika Nabella menyifatkan tindakan individu yang meninggalkan komen mandul terhadap rakannya iaitu pelakon Elizad Sharifuddin sebagai biadap dan kurang ajar.

Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 32, menganggap individu berkenaan mempunyai masalah jiwa sehingga tergamak menulis komen yang boleh menyakitkan hati orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun menanti... akhirnya Ika Nabella bergelar ibu, selamat lahir bayi lelaki

"Bagi saya orang macam ini ada masalah jiwa atau dia yang sebenarnya tak happy dengan hidup sendiri sampai sanggup komen menyakitkan hati orang lain... orang macam ini memang tiada akal!

"You are nobody untuk kacau kehidupan peribadi seseorang artis itu. Kalau you nak bagi sokongan tak mengapa, kalau nak komen untuk menjatuhkan lebih baik lupakan niat itu.

"Saya memang sangat-sangat sedih bila dia tulis macam itu pada Elizad sebab saya pun pernah alami situasi sama macam Elizad dulu, jadi saya faham perasaan Elizad," katanya ketika dihubungi mStar.

Ika meninggalkan komen sokongannya terhadap Elizad.

Terdahulu, Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hinaan di ruangan komen sebuah portal yang menuduhnya sebagai mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat.

Sementara itu, Ika berkata, dia menunggu selama tiga tahun untuk dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Noah Zayn yang dilahirkan pada 2019.

Saya memang sangat-sangat sedih bila dia tulis macam itu pada Elizad sebab saya pun pernah alami benda sama macam Elizad dulu.

IKA NABELLA

PELAKON

"Lepas kahwin, tiga tahun saya cuba hamil... saya faham apa yang Elizad rasa sebab pernah berada dalam situasi sama sebelum ini.

"Kami pun pernah berbual mengenai kaedah rawatan apa yang sesuai untuk cepat hamil ketika sama-sama terlibat dalam satu projek.

"Wanita yang mencuba untuk hamil memang kami berperang dengan emosi... lepas itu boleh pula orang tiada akal itu tuduh orang lain mandul, saya geram dan sedih untuk Elizad," katanya lagi.

Ika menunggu tiga tahun sebelum dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Noah Zayn.

Ika berkata, dia hampir melakukan kaedah permanian beradas (IUI), namun tidak menyangka dikurniakan rezeki hamil secara normal.

"Saya hampir nak buat IUI namun dikurniakan rezeki untuk hamil secara normal, banyak juga saya cuba antara minum air zuriat.

"Saya tahu macam mana perasaan wanita yang trying to conceive (ttc), sebab itu saya ada buat satu kumpulan Telegram, We, Women yang mana saya akan kongsikan pelbagai informasi mengenai perkara ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya harap orang ramai di luar sana tolonglah jaga sensitiviti dalam meninggalkan komen di laman sosial orang lain. Tolong jaga adab, saya sedih sebab yang tinggalkan komen itu adalah lelaki dan orang Melayu pula tu.

"Mana adab dia sebagai orang Melayu... kalau dia belum kahwin, nanti dapat isteri tak boleh hamil apa dia rasa? Takut benda ini nanti berbalik pada dia," katanya lagi.

Untuk rekod, Ika mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Zaid pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Muang, Pulau Pinang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain