suria

“Itu Saja Kemampuan Saya” – Hafeez Mikail

Hafeez terpaksa menolak tawaran menjadi penyanyi solo. Foto: AZLINA ABDULLAH.

PELAKON Hafeez Mikail memberitahu dia sudah memberikan yang terbaik menerusi wataknya sebagai Adil dalam filem Busker.

Hafeez atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Zaki, 25, berkata cabaran utama menjayakan filem tersebut apabila perlu menyanyi sedangkan dia bukan seorang penyanyi.

"Apa yang anda akan saksikan dalam filem tersebut, itu saja kemampuan saya boleh berikan yang terbaik.

"Saya bukan seorang penyanyi dan ahli muzik. Terus-terang, ketika saya pergi ujibakat untuk watak Adil itu, saya hanya tahu main gitar untuk satu lagu sahaja.

"Tapi selepas belajar vokal dan muzik dengan Monoloque, barulah saya tahu lebih lagi tentang muzik dan nyanyian," kata Hafeez kepada mStar Online.


Gandingan pertama Hafeez dan Daiyan menerusi filem Busker.

Hafeez ditemui ketika malam gala tayangan media filem Busker di Mmcineplexes, E@Curve, Damansara pada Khamis.

Menurut Hafeez, dia juga ada menolak tawaran daripada sebuah syarikat rakaman yang berminat menjadikannya penyanyi solo.

Malah, Monoloque yang mencipta kumpulan Simfoni Dalam Poket untuk filem tersebut juga ada berhasrat menjadikan mereka kekal sebagai sebuah band.

"Ada sebuah syarikat rakaman ini dah menawarkan saya untuk menjadi penyanyi solo, tapi saya terpaksa tolak dulu buat masa ini.

"Saya perlu belajar betul-betul dalam bidang nyanyian barulah fikir semula tentang itu. Tapi untuk Simfoni Dalam Poket pula, Monoloque yang akan uruskan sebab dia yang cipta kumpulan ini.

Barisan pelakon, pengarah Syed Khairul Faiz (empat dari kanan) dan Monoloque. Foto: AZUL ADNAN

"Kalau boleh dia memang nak kami terus menjadi sebuah band," ujarnya.

Selain Hafeez, kumpulan Simfoni Dalam Poket ini turut dianggotai Anaz Ridzuan dan Bulan.

Kumpulan tersebut ditubuhkan untuk filem lakonan mereka yang akan ditayangkan pada 11 Januari 2018.

Filem arahan Syed Khairul Fariz ini turut menampilkan pelakon seperti Jihan Musa, Man Bai, Mas Khan dan ramai lagi.

Hafeez Mikail, Busker

Artikel Sebelum

De Fam Tiada Rasa Cemburu

Artikel Berikut

Artikel Lain