suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kumpulan U9 Pertaruhkan 'Bukan Milikku'

U9 dianggotai oleh lima anak muda yang masih bersekolah.

KERANCAKAN industri muzik tempatan mendorong kumpulan baharu U9 mencuba nasib dengan single pertama mereka berjudul Bukan Milikku.

Vokalisnya Hairul berkata, kumpulan yang dianggotai lima anak muda ini merupakan pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur yang turut aktif dalam lakonan da teater.

"Cabaran utama kami ialah mengimbangi masa atas faktor lokasi yang mana semua ahli dari negeri berbeza selain itu kami semua juga masih di bangku sekolah.

"Kami berharap pergorbanan ini memberi kesan positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air," ujarnya.

Selain Hairul, ia turut dianggotai oleh Naqib sebagai pemain bes, Syed Ahmad sebagai pemain gitar utama, Dann sebagai pemain gitar ke 2 dan Aiman sebagai pemain dram.

Bercakap tentang single tersebut, Hairul berkata, ia merupaka hasil ciptaan komposer baharu Azza yang sememangnya sesuai dengan jiwa remaja mereka.

"Kami memilih lagu ini sebagai lagu pertama kami kerana kebanyakan orang mengalami kisah cinta yang rumit. Tidak semua orang akan mendapat balasan cinta dari gadis yang mereka mahu.

"Ia adalah sebuah lagu sedih tentang seorang lelaki yang tidak dibalas cintanya tetapi dia memilih untuk menyimpan perasaan dari jauh sahaja. Ia juga menjelaskan bahawa cinta bukan untuk dimiliki tetapi dihargai," jelasnya.

Sementara itu, Hairul berkata, lagu ini telah diterima baik dengan tontonan di laman Youtube hampir 116,000 sejak dilancarkan hampir tiga minggu lalu.

Mereka juga bakal menjalani penggambaran muzik video untuk muzik video dalam masa terdekat.

U9, Bukan Milikku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain