suria

Amar Baharin tak nak hanya jadi hero drama cinta - “Tak boleh stuck satu watak saja... tak berkembang bakat yang ada”

Amar berharap diberi peluang untuk mencuba karekter berbeza.

PELAKON Amar Baharin berpendapat drama yang menggunakan jalan cerita berdasarkan cinta masih menjadi kegemaran penonton dalam kalangan orang Melayu.

Menurut Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, biarpun kini terdapat pelbagai genre drama yang disajikan namun naskhah cinta tetap menjadi pilihan utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin belum ‘expired’, masih jadi pilihan watak utama - “Attitude main peranan penting untuk kelangsungan diri"

Biarpun kerap memegang watak sebagai hero dalam drama cinta, pelakon berusia 35 tahun ini juga berharap diberi peluang untuk keluar dari zon selesanya.



Amar tidak mahu meletakkan diri sebagai hero drama cinta sahaja.

"Sebanyaknya drama berdasarkan cinta ini, penonton Melayu suka tengok. Bila drama yang bukan cinta, orang masih tengok juga tapi mungkin tidak sehebat drama cinta.

"Contohnya... drama Korea pun kebanyakan cinta juga. Kalau drama yang berat pun tetap akan ada selit kisah cinta. Sebab benda itu dekat dengan penonton.

"Jadi, kita pun tak boleh nak lari sangat daripada drama cinta. Tapi saya tidak meletakkan diri sebagai hero drama cinta saja. Kalau diberi peluang dan skrip menarik sudah tentu saya nak cuba genre lain.

"Sebab sebagai pelakon pun, kita kena cuba pelbagai genre dan tak boleh juga hanya 'stuck' dalam satu karekter sahaja... tak berkembang bakat yang ada," katanya kepada mStar.

Sebab bagi saya, bukan semua karekter untuk saya.

AMAR BAHARIN

PELAKON

Drama terbaharu lakonannya berjudul Derita Untuk Bahagia yang kini ditayangkan di Slot Tiara, Astro Prima turut mendapat sambutan daripada penonton.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, suami kepada aktres Amyra Rosli ini dia tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak yang hanya menawarkan watak atau karekter yang sama saja kepadanya.

"Bagi saya, pemilihan watak ini terpulang kepada penerbit dan stesen TV. Kalau mereka yakin dengan hasil kerja saya sebelum ini dan menawarkan sesuatu watak, Insya-Allah saya tidak tolak.



Salah satu babak dalam drama Derita Untuk Bahagia.

"Tapi kalau ada yang tidak yakin dengan saya untuk bawa watak lain daripada kebiasaan, saya tak pernah salahkan mereka. Sebab bagi saya, bukan semua karakter untuk saya.

"Kita pun ada ramai lagi pelakon yang berbakat. Saya pun tak boleh tamak dan ambil semua watak. Kalau masa awal dalam bidang ini, mungkin saya rasa nak cuba semua sekali.

"Tapi bila kita dah lama dalam industri dan orang pun dah nampak kita sesuai dengan watak apa, jadi buat apa kita nak rebut semua watak... takut nanti tak boleh pula nak buat," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain