suria

Digandingkan sebagai adik-beradik dalam Cukup Derita Itu, Farhan Asri malu dipuji wajah seiras Hisyam Hamid

Farhan akui berasa malu apabila wajahnya disamakan dengan Hisyam Hamid.

GARA-GARA digandingkan sebagai adik-beradik dalam drama siri Cukup Derita Itu, pelakon Farhan Asri dikatakan memiliki wajah iras aktor Hisyam Hamid.

Biarpun segelintir netizen memuji namun Farhan atau nama sebenarnya Muhamad Farhan Mohd Asri tetap berasa malu kerana menganggap wajah mereka jauh berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur silap letak gambar, calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular Farhan Asri tak kecil hati - “Hanya masalah teknikal, saya okey saja”

Malah, Farhan yang berusia 24 tahun itu mengambil komen netizen itu sebagai pembakar semangat untuk dia berjaya satu hari nanti seperti Hisyam yang dianggap sebagai pelakon yang hebat.



Antara komen netizen yang samakan wajah Farhan dan Hisyam.

"Mungkin sekali imbas ada iras tapi saya tak rasa kami memiliki wajah yang serupa. Tapi kira okeylah apabila ada yang kata kami ada iras dan digabungkan sebagai adik-beradik dalam drama ini.

"Terus terang saya agak malu kerana wajah kami bagai langit dengan bumi. Tambahan Hisyam adalah seorang aktor yang cukup disegani dan hebat manakala saya ini hanyalah insan yang baru nak mengintai peluang dalam bidang ini.

"Tapi apapun komen positif yang diberikan saya jadikan perkara itu sebagai satu pembakar semangat supaya saya berjaya sepertinya satu hari nanti," katanya kepada mStar.

Ada saja penerbit yang tidak pernah saya bekerjasama telah beri saya peluang.

FARHAN ASRI

PELAKON

Sebelum ini, Farhan turut mengakui dia menerima beberapa kiriman foto daripada netizen yang menyamakan wajahnya dengan bintang kelahiran Singapura itu di Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, netizen di laman Twitter juga turut mengatakan wajah Farhan dan aktor berusia 35 tahun itu seakan-akan sama dan sesuai digandingkan sebagai adik-beradik dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, Farhan berkata biarpun sudah empat tahun mengintai peluang sebagai pelakon, dia tidak pernah berputus asa untuk menantikan bakat seninya dikenali ramai.

"Saya masih anggap perjalanan saya dalam bidang lakonan ini masih baru. Tempoh empat tahun ini mengajar saya banyak perkara.



Farhan berharap dia akan berjaya sebagai pelakon satu hari nanti.

"Mungkin ada yang menganggap saya sepatutnya sudah dikenali ramai atau popular tapi bagi saya biarlah nama saya lambat naik asalkan tawaran lakonan sentiasa ada.

"Apa yang paling merisaukan saya jika kehadiran saya dikenali ramai tapi tiba-tiba nama saya merudum dan hilang daripada industri seni. Itu lebih menggerunkan sebab bidang lakonan adalah punca utama rezeki saya.

"Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini tawaran lakonan sentiasa ada, tidak kiralah watak pembantu atau utama. Ada saja penerbit yang tidak pernah saya bekerjasama telah beri saya peluang, ” katanya.

Selain Farhan dan Hisyam, drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi oleh Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, dan Lia Natalia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain