suria

Puteri Sarah positif Covid-19, hilang deria rasa dan bau

Puteri Sarah sah positif Covid-19 selepas ujian ketiga.

SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada jangkitan Covid-19, kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dijangkiti virus itu pada Rabu.

Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.

“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecundang jua.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunting gelang pink! Tiz Zaqyah selesai kuarantin Covid-19, Nora Danish belajar dari kesilapan lalu

“Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan shooting dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.

Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test!

PUTERI SARAH

PELAKON

“Menyedihkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positif Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” katanya.

Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkongsi mengenai berita itu menerusi laman Instagram.



Perkongsian Puteri Sarah di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini.

“Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test.

“Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak... doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua, ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain