suria

Gunting gelang pink! Tiz Zaqyah selesai kuarantin Covid-19, Nora Danish belajar dari kesilapan lalu

Nora Danish dan Tiz Zaqyah selesai kuarantin diri kerana Covid-19.

SELEPAS 10 hari menjalani kuarantin kerana positif Covid-19, pelakon Nora Danish memaklumkan dia kini sudah bebas jangkitan virus tersebut.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Nora berkata dia akan lebih berhati-hati dan mengurangkan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini.

"Alhamdullilah gelang (kuarantin) sudah digunting, terima kasih pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) team yang menjaga saya selama 10 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish, Tiz Zaqyah pula positif Covid-19, mohon kontak rapat buat ujian calitan

"Rumah pun sudah disanitasi... terima kasih banyak. Sekarang jom kita jaga kita.

"Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar dari kesilapan lalu. Jaga diri semua dan stay safe," katanya.

Nora lakukan sanitasi di rumah selepas bebas Covid-19.

Pelakon drama Covid Oh Covid ini berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa.

Pada 9 Mei lalu, Nora, 39, memaklumkan hasil keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan mendapati dia telah dijangkiti virus tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun suami, Nedim Nazri dan dua anaknya iaitu Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl negatif dan tidak dijangkiti virus berkenaan.

Dia juga memuat naik rakaman video memberitahu sedang menjalani kuarantin di rumahnya sendiri.

Perkongsian Tiz di laman Instagram.

"Nora buat ujian sebab kontak rapat kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

"Saya tahu bagaimana rasanya peritnya tak dapat bertemu keluarga walaupun hanya dengar suara beberapa tapak. Saya kena sentiasa positif melawan Covid-19 ini," ujarnya.

Selain Nora, dua lagi selebriti iaitu Nabila Huda dan Tiz Zaqyah juga positif Covid-19.

Sementara itu, Tiz menerusi Instagram turut berkongsi foto berada di kaunter pelepasan KKM yang bermaksud dia sudah selesai menjalani kuarantin dan bebas dari Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain