suria

Ibu terpaksa dikomakan akibat Covid-19, Tasha Manshahar mohon doa peminat

Ibu dan bapa (dari atas kiri dan kanan) Tasha Manshahar disahkan positif Covid-19.

SAMBUTAN Aidilfitri penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dengan berita sedih apabila ibu bapanya disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Berkongsikan berita itu di laman Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, berkata ibunya, Herina Wong Abdullah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan terpaksa dikomakan.

Manakala bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun menyepi, Tasha Manshahar kembali aktif tapi bukan sebagai penyanyi - “Dah tiba masanya ke fasa yang lebih sesuai”

"Doa adalah senjata orang mukmin, tolong saya perlukan doa kalian.

"Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif Covid-19.

Perkongsian Tasha di Instagram Story.

"Paru-paru mummy ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tak okey... jadi doktor kena 'tidurkan' (dikomakan) dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan dia kembali stabil," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tasha mengharapkan ibunya dapat mengharungi segala ujian yang diberikan selain memerlukan doa daripada peminat agar ibunya segera diberikan kesembuhan.

Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif Covid-19.

TASHA MANSHAHAR

PENYANYI

"Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai jadi tahap macam ini. Mummy nampak okey sahaja masa mula-mula kena masuk wad.

"Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Mummy pun kuat semangat... saya percaya mummy boleh harunginya," luahnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A