suria

Langgar SOP Aidilfitri, Norman Hakim sekeluarga dipanggil polis

Norman menyambut 1 Syawal bersama ahli keluarga termasuk bekas isteri Abby Abadi dan suami.

SUSULAN foto menyambut Aidilfitri bersama-sama, kesemua ahli keluarga Norman Hakim bakal dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan langgar SOP Aidilfitri... polis akan panggil Azmin Ali, ahli keluarga

"Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

"Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berkata, menerusi foto tular itu, majlis itu dijalankan tanpa mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Foto yang dimuat naik Abby di Instastory pada 1 Syawal.

Tambahnya, terdapat kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

"Majlis berkenaan dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu aktiviti ziarah hari raya.

Kejadian itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang terletak di Hulu Kelang

Mohamad Farouk Eshak

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

"Aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

"Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian berkenaan," ujarnya.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

"Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis akan memanggil semua yang terbabit untuk memberikan keterangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Untuk makluman, sebanyak 599 kompaun dikeluarkan dan 16 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKP di daerah ini bagi tempoh 1 Januari lalu hingga semalam," katanya.

Antara foto yang dimuat naik Norman Hakim pada 1 Syawal.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Kami menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dari semasa ke semasa," katanya.

Pada Khamis lalu, Norman bersama ahli keluarganya termasuk bekas isteri Abby Abadi berkumpul pada 1 Syawal telah menjadi persoalan netizen apabila didakwa tidak mematuhi larangan ziarah Aidilfitri yang ditetapkan MKN.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A