suria

Fazura cerewet terima ‘job’ untuk Fatima, bukan main tangkap muat - “Sudah tentu kami pentingkan jenama dan mesej”

Fazura dan Fattah seronok sambut raya bersama anak mereka.

PELAKON Nur Fazura mengakui dia dan suaminya yang juga aktor Fattah Amin meletakkan beberapa kriteria sebelum menerima sebarang tawaran iklan untuk puteri sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya.

Bukan sahaja mementingkan jenama, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut menegaskan mereka juga melihat dari segi mesej di sebalik projek yang ditawarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak makan lemang je pun... nama Fazura tiba-tiba ‘trending’ - “Sebab tak ada yang negatif, saya OK je!”

Malah, pelakon dan penyanyi berusia 38 tahun ini memberitahu dia dan suaminya juga sudah membuka satu akaun simpanan untuk anak Fatima.

Fazura dan Fatima pada Hari Raya pertama Khamis lalu.

"Sudah tentu kami pentingkan jenama... kami mahu jenama yang bagus dan mesej di sebalik projek itu. Bukan setakat nak kaut keuntungan saja. Bagi saya, apabila kita tergerak hati dan semuanya dipermudahkan, maknanya itu rezeki dia.

"Macam projek sebelum ini, saya tekankan yang bayaran itu untuk Fatima bukan untuk saya sebab itu rezeki dia. Paling utama, duit yang dia dapat itu boleh disimpan.

"Saya dan Fattah memang sudah buka satu akaun untuk Fatima. Duit yang disimpan itu boleh digunakan untuk masa depan dia nak sambung belajar ke luar negara ke," kata Fazura kepada mStar.

Kalau dahulu, saya fikir diri sendiri tapi sekarang, saya kena pastikan Fatima sentiasa okay.

NUR FAZURA

PELAKON

Pasangan gandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama itu pada 2 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi ini mendedahkan kehidupannya berubah semenjak kehadiran Fatima malah keutamaannya kini lebih kepada buah hatinya sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sejujurnya sejak ada Fatima, kehidupan saya memang berubah. Saya ini dah macam pembantu peribadi dia. Fatima seorang saja boleh tarik rambut Fazura sambil ketawa.

Fazura kini lebih utamakan Fatima.

"Fokus saya memang pada dia seorang sahaja. Kalau dahulu, saya fikir diri sendiri tapi sekarang, saya kena pastikan Fatima sentiasa okay. Kehidupan sekeliling saya pun berubah... kiranya, orang nampak Fazura dah tak wujud tapi Fatima.

"Tapi saya tak kisah sebab keutamaan saya sudah berubah. Kalau bekerja pun, kalau boleh kena dia ada di depan mata saya.

"Tapi Fatima ini lebih kepada Fattah, kalau bapa dia ada memang happy. Kalau Fattah kerja, dia bad mood," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain