suria

Dah lama pasang angan-angan jadi pelakon, akhirnya Noki K-Clique dapat tawaran beraksi depan kamera

Noki teruja menyertai dunia lakonan selepas Aidilfitri ini.

SELEPAS kejayaan lagu Gila di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Mac lalu, penyanyi Noki memaklumkan dia bakal mengembangkan karier seni dalam bidang lakonan pula.

Menurut Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 27, tujuannya menyertai dunia lakonan adalah kerana ingin mencabar kemampuan diri dengan mencuba pelbagai cabang seni.

"InsyaAllah selepas raya ini saya ada satu projek lakonan... saya tawar diri mencuba bidang lakonan kerana nak cabar kemampuan, dalam drama ini saya membawakan watak utama... watak nakal-nakal!

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

"Ini pengalaman pertama semestinya saya sangat teruja, dah rancang masuk kelas lakonan... bagi saya kalau sesuatu benda itu mendatangkan hasil kenapa kita tak cuba. Selagi tak cuba kita tak akan tahu kemampuan diri!

Kalau diberi tawaran saya mahu! Saya suka watak kasar-kasar, romantik ni kurang!

NOKI K-CLIQUE

PENYANYI

"Sama macam muzik, kita nak buat sesuatu yang baharu dan fresh, kita kena bagi orang dengar dulu... sama situasi sekarang, tak salah kita kena cuba (berlakon) dulu dan tengok apa reaksi mereka," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, ahli kumpulan K-Clique ini berkata dia tetap memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian meskipun sudah terlibat dalam dunia lakonan.

"Kalau tanya antara lakonan dan nyanyian semestinya fokus saya lebih sebagai penyanyi kerana itulah permulaan saya berada dalam industri seni. Lakonan ini mungkin boleh dikatakan hanya sampingan.



Noki tetap utamakan karier nyanyian jika selepas ini aktif sebagai pelakon.

"Saya tahu ramai yang tak sabar nak tahu mengenai projek lakonan itu, tapi InsyaAllah semua maklumat akan dimaklumkan kemudian. Semoga semuanya dipermudahkan, ” ujarnya.

Tahun lalu, menerusi temubual dalam satu program televisyen, Noki memberitahu dia ingin menceburi bidang lakonan, namun lebih suka membawakan watak aksi.

"Kalau diberi tawaran saya mahu! Saya suka watak kasar-kasar, romantik ni kurang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain