suria

Hancur hati Emma Maembong ‘bibik’ dilayan baik akhirnya lari ikut kekasih - “Baru belikan telefon bimbit baharu... rupa-rupa kenal lelaki di Facebook”

Emma Maembong kecewa pembantu rumah melarikan diri ikut teman lelaki.

PELAKON Emma Maembong meminta bantuan orang ramai mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri pada Isnin.

Menurut Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, pembantu rumah bukan warganegara itu menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu membuang sampah di hadapan rumah.

"Assalamualaikum! Sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Secara tiba-tiba, tiada angin tiada ribut tak cakap apa-apa terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa dua plastik beg sampah besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu kunci mulut akhirnya suami Emma Maembong umum kelahiran anak lelaki

"Alasan nak buang sampah... terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah.

"Terus matikan telefon bimbit dan sekat kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh hubungi," katanya menerusi laman Instagram pada Isnin.



Emma kongsi mengenai kehilangan pembantu rumah di Instagram.

Sementara itu, Emma berkata tindakannya berkongsi foto dan video pembantu rumah itu bukanlah bertujuan untuk mengaibkan wanita berkenaan.

Sebaliknya, dia mahu orang ramai berhati-hati dan lebih berwaspada dengan helah dan penipuan membabitkan pembantu rumah.

Jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

"Tujuan saya naikkan posting ini bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa tetapi untuk orang di luar sana supaya berhati-hati.

"Jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura-pura baik dengan kita.



Emma bersama suami, Shazli dan anak sulung mereka, Shariq Gabriel.

"Tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati-hati. Semoga Allah membalas segalanya," ujarnya.

Menjawab beberapa komen pengikut di Instagram, Emma mengakui kecewa dengan sikap pembantu rumahnya itu lebih-lebih lagi selama ini mereka sekeluarga melayan dengan begitu baik.

"Sedih saya, saya jaga dia elok-elok. Hancurnya hati ini... baru bawa dia shopping dan belikan telefon baharu. Rupa-rupanya kenal dengan lelaki di Facebook terus lari nak kahwin, ” tulisnya pada salah satu komen pengikut.

Emma berkahwin dengan juruterbang Muhammad Shazli Azhar dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain