suria

“Kamu akan terduduk dan menyesal” - Da’i Wan Dazrin kembali tegur Aliff Syukri, marah sebab prihatin

Wan Dazrin sekali lagi menegur Aliff.

PENULARAN video teaser lagu terbaharu yang dimuat naik Datuk Seri Aliff Syukri turut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu Da'i Wan Dazrin yang menegur aksi kurang sopan dipamerkan usahawan sensasi berkenaan.

Sudah berkali-kali memberi teguran secara terbuka sebelum ini, Wan Dazrin menganggap usaha itu sebagai sia-sia apabila Aliff tidak pernah mengambil iktibar untuk berubah.

"Dari dulu sampai sekarang. Banyak kali rasanya teguran terbuka daripada saya. Tapi nampaknya masih sama.

"Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang. Kita marah sebab prihatin," katanya.

aliff 22

Netizen turut menegur Aliff.

Wan Dazrin membuat teguran terbuka itu menerusi Instagram Story miliknya.

Dalam perkongsian sama, Wan Dazrin berkata, dia tidak mahu melihat suatu hari nanti Aliff akan menyesal dengan semua tindak tanduknya yang hanya bersifat sementara di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berani goyang ghairah dengan Baby Shima, netizen ingatkan tentang iman... “Fikir perasaan anak dan isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu banyak aduan, SKMM panggil Aliff Syukri serta individu terlibat dalam MV ‘Kelepok Raya’

Wan Dazrin turut menasihatkan supaya Aliff berhenti melakukan perbuatan sedemikian dan memberi tumpuan kepada perkara memberi makna dalam kehidupan.

"Pergilah Aliff dengan keduniaan itu. Satu masa kamu akan terduduk dan menyesal. Satu masa Aliff akan faham populariti itu sementara.

"Satu masa kamu (Aliff) akan faham bahawa semua benda yang dia buat atas tujuan marketing ini hanya akan berakhir di dunia," katanya.

Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang. Kita marah sebab prihatin.

DA'I WAN DAZRIN

PENDAKWAH BEBAS

Lama mendiamkan diri daripada mengulas dan menegur, Wan Dazrin turut memberitahu akan lebih aktif memberi nasihat selepas ini kerana melihat perbuatan maksiat semakin berleluasa.

"Sudah-sudahlah saudara Islamku. Buatlah sesuatu yang memberi makna pada kehidupanmu dan akhiratmu. Kamu masih punya waktu. Jangan sia-siakan ia dengan berjoget dan menyanyi semata-mata.

"Insan yang telah lama menyepi daripada teguran terbuka dan mungkin kini akan kembali semula apabila hati tidak keruan melihat pelbagai jenis maksiat moden bermaharajalela hari ini," ujarnya.

Aliff sebelum itu memuat naik klip teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang turut menampilkan duet bersama penyanyi Baby Shima.

baby shima 22

Baby Shima juga tempias kecaman.

Video tersebut dihujani dengan pelbagai kecaman netizen yang kurang setuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini.

Selepas beberapa jam ia dimuat naik, Aliff kemudian menyah aktifkan ruangan komen di Instagram miliknya.

Bagaimanapun menerusi komen balas kepada pelakon Aeril Zafrel yang sempat diberikan, Aliff meluahkan rasa kecewa kerana menerima kecaman.

“Saya sedih. Kenapa ramai kecam saya. Saya kecewa,” ucapnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain