KEMELUT yang berlaku di Indonesia turut membuka mata selebriti Malaysia untuk memberi sumbangan kepada golongan memerlukan.
Prihatin dengan nasib masyarakat di negara jiran, pelakon Puteri Sarah Liyana berbesar hati mengulurkan bantuan buat penghantar makanan di Indonesia.
Menerusi hantaran yang dibuat di laman Threads miliknya, Puteri Sarah membeli makanan dari sebuah restoran di Jakarta secara atas talian.
Namun pesanan tersebut disedekahkan terus kepada penghantar makaman yang menerima tugasan itu sebagai tanda solidariti untuk mereka.

Catriona dan Puteri Sarah berkongsi rezeki.
"Saya sudah melakukan bahagian saya. Lekas sembuh Indonesia," tulisnya.
Dalam hantaran tersebut Puteri Sarah membuat pesanan sebanyak enam kali dipercayai dari sebuah restoran menjual mi.
Sementara itu, aktres Catriona Ross juga tampil memberi sokongan dengan melakukan perkara sama.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Insiden maut seorang penunggang e-hailing di Jakarta, Melly Goeslaw mohon maaf bagi pihak DPR
Dalam perkongsiannya, dia turut menitipkan nasihat agar orang ramai tidak mudah mengeluarkan kata-kata negatif berhubung isu yang sedang berlaku.
“Mereka yang enggan membantu, tolong senyap. Sementara yang ingin meringankan beban, silakan.
“Buat Indonesia, semoga esok akan lebih bercahaya,” ujarnya.

Catriona juga tunjuk solidariti.
Usaha mereka ini sebagai tanda sokongan dengan kempen Dari Malaysia Ke Indonesia yang kini mendapat perhatian ramai.
Kempen terbuka itu bermula selepas peristiwa seorang penunggang e-hailing, Affan Kurniawan maut dilanggar kenderaan perisai polis ketika dalam situasi rusuhan di bandar Jakarta.
Sikap dermawan tersebut bukan sahaja ditunjulkan oleh rakyat Malaysia tetapi juga negara Asia lain termasuk Singapura, Thailand, Vietnam, dan Filipina.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


