suria

Finas terus bela nasib penggiat kreatif, hulur sumbangan kepada Soffi Jikan melalui Ziarah Seni Madani

Hans (kanan) menziarahi Soffi di hospital sebagai tanda keprihatinan terhadap insan seni.

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyampaikan sumbangan kepada aktor Soffi Jikan yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital. 

Menerusi inisiatif Ziarah Seni Madani Finas, Hans atau Gerald Hans Isaac,54, berkata, kunjungan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap insan seni yang banyak berjasa kepada industri perfileman negara. 

Zed (kiri) turut bersama dalam kunjungan Ziarah Madani Finas bersama Soffi.

Zed (kiri) turut bersama dalam kunjungan Ziarah Madani Finas bersama Soffi.

“Finas sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni. Soffi Jikan merupakan pelakon serba boleh yang telah memberi sumbangan melalui karya-karya lakonannya dalam filem dan drama tempatan. Kami mendoakan agar dia segera sembuh dan kembali berkarya untuk industri," katanya. 

Dalam kunjungan itu, Finas menyampaikan sumbangan wang tunai serta bakul makanan dan buah-buahan sebagai tanda sokongan terhadap Soffi dan keluarganya. 

ARTIKEL BERKAITAN: 200 artis veteran lulus caruman SKSPS Perkeso, Finas rancang inisiatif anak seni jana pendapatan masa depan

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran ‘ciput’ jadi rungutan, Finas perkenal peluang baharu jaga kebajikan kru dan pelakon veteran

Program ini merupakan salah satu komitmen Finas dalam mengangkat agenda Malaysia Madani melalui aspek kesejahteraan sosial dan kebajikan warga industri kreatif dengan kerjasama strategik bersama beberapa organisasi termasuk Yayasan Felda, Eco Marine Group of Companies, Koperasi Al-Najah (KL) Berhad, AHB Holdings dan Angkasaraya Holdings Berhad.

Untuk rekod, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak tiga minggu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada hati. 

Pelakon filem KL Gangster 2 ini bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor bagi mendapatkan rawatan lanjut berkaitan masalah jantung yang sedang dihadapinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain