suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karier Siti Nordiana masih belum ‘sendu’, jawab dakwaan bayaran mahal untuk show

PENYANYI Siti Nordiana menafikan dakwaan kononnya dia kini hanya menerima tawaran persembahan dengan bayaran yang tinggi.

Jelas Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, 41, kadar bayaran yang dikenakan sudah termasuk kos pekerja di belakang tabir yang sentiasa membantunya setiap kali turun membuat persembahan.

“Tidak adalah seperti yang didakwakan. Setiap tawaran yang saya pergi, ada pekerja di belakang saya. Jurumekap, pakaian, perjalanan. Itu semua dah termasuk kos tersebut.

“Tetapi saya masih lagi boleh toleransi. Bukanlah mahal sangat seperti yang diuar-uarkan. Saya cas ikut kesesuaian.

“Namun, untuk persembahan amal yang mengenai amal jariah, saya tidak kisah tentang harga. Asalkan dapat membantu masyarakat kita,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi