suria

Kristal rai 25 tahun perjalanan seni di Zepp KL, berjaya kumpul anggota asal

Kristal bakal mengubat kerinduan peminat menerusi ‘Konsert Kristal OG’.

KUMPULAN rock Kristal bakal membawa peminat mengimbau nostalgia menerusi Konsert Kristal OG pada 1 Mei ini di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut angota kumpulan Kristal, Lan Solo atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 41, ulang tahun ke-25 Kristal menandakan perjalanan seni mereka daripada zaman remaja sehingga kini.

Kata Lan, meskipun terdapat pertukaran ahli kumpulan sepanjang perjalanan mereka, semangat untuk terus berkarya dan kekal relevan dalam industri muzik tetap utuh.

Lan menjanjikan persembahan terbaik pada malam konsert.

Lan menjanjikan persembahan terbaik pada malam konsert.

“Signifikan 25 tahun Kristal ini adalah perjalanan seni Lan Solo bersama Kristal dari zaman kanak-kanak sehinggalah kini. 

“Sepanjang kami terbitkan 13 album, anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo. 

“Sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surau

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada isu berbangkit, peminat suka nama Kristal X... “Kami nak bersaing secara sihat”

Dalam pada itu, Lan turut menjanjikan konsert kali ini lebih istimewa, dengan persembahan lagu-lagu dari album pertama sehingga album ke-13.

“Kami akan ‘all out’. Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari album pertama sehingga album yang ke-13. 

“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu. 

Konsert Kristal OG bakal berlangsung pada 1 Mei depan.

Konsert Kristal OG bakal berlangsung pada 1 Mei depan.

“Jadi semua ini kami akan bawakan di pentas konsert OG nanti ada 1 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur," ujarnya.

Konsert Kristal OG 25 Tahun ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama penganjur acara Blavia dan Andromeda Event.

Tiket telah mula dijual di laman rasmi Blavia dan tempat adalah terhad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain