SELAMA lebih dua tahun melalui perjalanan sebagai anak seni, penyanyi Najmi Niery akur terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam usaha untuk menaikkan nama dalam industri nyanyian.Biarpun ada ketika pernah berasa putus asa, namun ia bukan alasan buat Najmi, 25, untuk menghentikan impian berkongsi karya nyanyiannya. Malah, dia juga percaya akan tiba masa yang tepat untuk bakatnya menyinar dan dikenali ramai.Najmi mahu karyanya terus mendapat sambutan baik. "Perjalanan saya dalam industri seni masih baru, tetapi telah banyak perkara yang saya hadapi."Semestinya ada rasa putus asa setiap kali apa yang saya buat tidak menjadi. Namun, saya ada sistem sokongan yang baik termasuk pihak pengurusan. Mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya."Kita pun tidak tahu bila rezeki seseorang itu akan datang. Ada sahaja penyanyi yang sudah lama bertapak, tetapi namanya belum naik lagi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Lagu raya ‘vibe’ berbeza, Najmi Niery tidak mahu lepaskan kepada penyanyi lain... Gementar pendengar buat perbandingan ARTIKEL BERKAITAN: Najmi Niery popular di Indonesia, peminat beri gelaran ‘Afgan Malaysia’Dikenali menerusi lagu yang membawa tema cinta dan ‘galau’, Najmi juga terbuka untuk mencuba sesuatu yang berbeza supaya kekal mengikuti perkembangan semasa dunia muzik.Bagaimanapun, tegasnya, karya yang dihasilkan haruslah bersesuaian dengan jiwa serta kemampuan vokalnya sendiri."Kalau lagu rock, mungkin tidak kerana suara saya tidak sampai ke tahap begitu. Saya terbuka untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza.Lagu yang membawa tema 'galau' cukup sinonim dengan Najmi. "Malah, saya juga sedang mempertimbangkan untuk berkolaborasi dengan artis lain," ujarnya.Najmi yang tampil dengan lagu raya berjudul Best Part of Raya juga melihat penghasilan karya tersebut memberi satu sisi berbeza dalam kerjaya seninya."Lagu ini merupakan karya yang tidak pernah saya cuba. Ia juga satu pencapaian bagi saya apabila dapat menghasilkan sebuah karya yang berbeza," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube