suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vanidah Imran akui 'belajar' berhijab, mohon doa peminat

Vanidah mengakui sedang perlahan-lahan cuba menutup aurat.

PELAKON Vanidah Imran mendedahkan dia kini sedang berusaha ke arah menutup aurat dengan sempurna dan berharap niat untuk istiqamah berhijab dapat dilaksanakan dengan baik. 

Vanidah, 53, berkata hasrat untuk memakai hijab sentiasa ada dalam dirinya dan dia kini mengambil langkah secara perlahan-lahan ke arah perubahan tersebut.

“Doakan saya kerana perkara itu (menutup aurat) pasti berlaku. 

Vanidah mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Vanidah mohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Hati ini sentiasa ada (niat) jadi saya mencari jalan untuk perlahan-lahan ikut memakai hijab. Itu usaha saya.

“Kalau kita berdoa tapi tak ada usaha pun tak guna kan. Jadi saya perlahan-lahan cuba (menutup aurat),” katanya kepada mStar. 

Vanidah tampil bertudung ketika ditemui pada sesi pratonton bersama media pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran belum sedia bertudung, sedang persiap diri bimbang hati bolak-balik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Diam lebih baik, ini kerja saya” – Vanidah Imran bersuara isu babak kuis janggut Faizal Hussein

Mengulas perkara tersebut, Vanidah berkata dia sebenarnya sudah lama berusaha untuk menutup aurat, namun mengakui proses untuk istiqamah bukan sesuatu yang mudah.

“Kalau ikutkan dah lama saya cuba untuk menutup aurat. Disebabkan itu orang boleh nampak di IG saya kejap pakai tudung, kejap tak pakai pula. 

Doakan saya kerana perkara itu (menutup aurat) pasti berlaku. 

VANIDAH IMRAN

PELAKON

“Istiqamah itu bukan mudah tapi kita usaha. Saya kena perbaiki diri dan solat, itu semua saya kena buat. 

“Supaya nanti kalau diuji saya buka pula aurat. Takut,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Vanidah meluahkan rasa teruja apabila menerima tawaran daripada pengarah, Profesor Madya Dr Norzizi Zulkifli, untuk terlibat dalam pementasan tersebut.

“Saya sangat teruja apabila mendapat tahu pementasan kali ini diadakan di DFP. Alhamdulillah saya dapat peluang ini. 

Vanidah

Vanidah cuba memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.

“Pada awalnya bila Zizi (panggilan Norzizi) mesej untuk projek ini, saya tak tahu untuk watak apa. Saya terima apa saja. 

“Bagi saya dapat bekerja dengan Zizi adalah satu penghormatan kerana dia membawa idea baru tetapi dalam masa sama masih mengekalkan budaya kita,” katanya.

Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors bakal dipentaskan di DFP pada 25 Julai ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain