VOKALIS kumpulan Barbarik, Muss kini berdepan dengan fasa paling perit dan mencabar dalam hidupnya apabila melihat isteri tercinta iaitu Suraya Bahari terpaksa bertarung nyawa akibat komplikasi penyakit kencing manis.Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 58, memberitahu dia perlu melatih diri dengan gaya hidup baharu jika isterinya itu diberikan kesembuhan kelak. “Bagi saya, hanya ada dua pilihan. Sama ada menerima kemungkinan kehilangan dia atau menerima perubahan baharu dalam kehidupan.“Tidak ada lagi kehidupan seperti yang kita rancangkan sebelum ini. Apa yang saya rancang bersama dia sebelum ini mungkin tidak dapat dilakukan lagi dan saya perlu membuat perubahan,” katanya kepada mStar.Muss terus kuat untuk beri sokongan kepada isteri.Muss berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Black On White, Cromok-Barbarik di Uranus Studio, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Rabu.Suraya, 53, dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kiri akibat komplikasi kencing manis pada 13 Jun lalu.Muss mengakui ujian berat yang menyebabkan kaki kiri isterinya terpaksa dipotong memberi tekanan buatnya memandangkan dia sedang sibuk mempersiapkan diri untuk komitmen konsert berskala besar ketika ini.Jelas Muss, dia sudah pun berserah dan reda dengan sebarang kemungkinan yang berlaku termasuk kehilangan pasangan hidupnya kerana isterinya berada pada tahap kritikal.ARTIKEL BERKAITAN: Mus ingatkan semula sejarah bersama May, ikut darah muda punca keluar kumpulanARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum timbul cerita tidak sedap lebih baik tarik diri” - Mus bukan lagi vokalis May“Memang sangat memberi tekanan, tetapi Alhamdulillah saya masih mampu menerima keadaan ini. Selebihnya saya reda. “Pada awal memang banyak persoalan, banyak perkara yang bermain di fikiran sehingga akhirnya sampai satu tahap, saya serahkan semuanya kepada Tuhan.“Kalau Tuhan kata sampai waktunya untuk mengambil nyawa sekalipun, saya kena reda sebab kalau kita tidak boleh menerima kenyataan, keadaan itu mungkin akan jadi lebih berat,” katanya. Apa yang saya rancang bersama dia sebelum ini mungkin tidak dapat dilakukan lagi. MUSSPENYANYIMengulas mengenai punca penyakit tersebut menjadi semakin parah, Muss mendedahkan segalanya bermula daripada masalah saraf sehingga ia melarat.“Punca utama adalah disebabkan kencing manis, itu sahaja. Tetapi apabila kita tersilap cara dalam usaha untuk memulihkan atau merawat masalah kencing manis, keadaan menjadi lebih rumit.“Saya juga sudah cuba pelbagai cara. Banyak pendapat dan pandangan yang diberikan kepada saya tentang bagaimana hendak menguruskan perkara itu. Muss (kiri) mengakui dia dan isteri reda menerima ujian yang diberi.“Saya sendiri tidak pasti sama ada kesilapan itu datang daripada saya atau daripada kaedah rawatan yang dicadangkan,” katanya.Dalam pada itu, Muss berkata dia harus kuat bagi memastikan tanggungjawabnya sebagai suami dan komitmen bersama Barbarik berjalan dengan seimbang."Pada masa sama, saya perlu membahagikan tenaga dan fokus untuk Barbarik.“Namun, cabaran kali ini memang sangat sukar untuk saya hadapi. Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan sehingga ke tahap ini walaupun keadaan isteri saya ketika ini boleh dikatakan sudah berada pada tahap sangat kritikal,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!