suria

"Tak pernah dapat gift banyak" – Ardell Aryana sebak ketika 'live', niat sumbang untuk kanak-kanak Gaza

Ardell terharu rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap misinya ke Gaza.

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tidak dapat menahan sebak apabila menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada pengikut di media sosial ketika mengadakan sesi live di TikTok. 

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, turut meluahkan rasa syukur atas sokongan rakyat Malaysia terhadap misi kemanusiaannya ke Gaza.

“Ya Allah, saya tak pernah jumpa hadiah-hadiah macam ini. Banyaknya hadiah korang bagi. 

Ardell sebak dapat gift yang banyak daripada penonton.

"Seumur hidup saya di TikTok, tak pernah tengok gift sebanyak ini,” katanya.

Ardell berkongsi perkara itu ketika membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Ardell memberitahu semua hasil sumbangan diterima dalam bentuk 'gift' itu akan ditukarkan kepada wang tunai sebelum disalurkan kepada kanak-kanak di Gaza. 

“Kalaulah saya boleh buat live di Gaza, saya nak tunjuk semua hadiah ini pada anak-anak di sana. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal misi Gaza didatangi dron, Ardell Aryana lalui detik cemas… Tetap kuat bawa semangat anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sertai misi ke Gaza, reda jika ‘tidak pulang’... “Kalau Allah izinkan syahid, itu anugerah”

"Saya nak keluarkan duit hasil gift ini dan beri pada mereka,” ujarnya.

Antara bentuk gift yang diterima oleh Ardell adalah naga, zirafah, topi serta bunga mawar yang dianggar jumlah melebihi RM1,000. 

Malah Ardell juga terharu apabila ramai rakyat Malaysia turut melakukan solat hajat dan bacaan Yassin sebagai tanda sokongan terhadap misi tersebut.

Difahamkan, Ardell dan peserta lain masih berada di atas kapal yang dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Kalaulah saya boleh buat live di Gaza, saya nak tunjuk semua hadiah ini pada anak-anak di sana. 

ARDELL ARYANA

PELAKON DAN AKTIVIS KEMANUSIAAN

Bagaimanapun, beberapa kapal terpaksa berlabuh sementara bagi membaiki kerosakan dan menambah bekalan sebelum meneruskan pelayaran.

Sebelum ini, Ardell turut berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaikinya bersama pasukan misi kemanusiaan didekati sebuah dron misteri pada malam Rabu.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.26 malam, memaksa semua penumpang keluar dengan tergesa-gesa selepas menerima arahan daripada kapten kapal.

Ardell dan Zizi antara selebriti yang sertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Wakil misi Cinta Salam Malaysia memaklumkan, dron berkenaan dipercayai digunakan untuk memantau pergerakan kapal dan berlegar-legar di ruang udara bot yang membawa peserta misi.

Untuk rekod, Ardell bersama penyanyi Zizi Kirana menyertai Misi Global Sumud Flotilla, sebuah usaha antarabangsa untuk memecahkan sekatan haram rejim Israel ke atas Gaza.

Mereka berlepas ke Sepanyol pada 28 Ogos lalu sebelum menyertai pelayaran bersama delegasi dari seluruh dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain