suria

Mentua minta 'berkorban' tukarkan anak ke sekolah biasa, tolong sara cucu kesayangan... Wanita puas hati dengar jawapan suami

Toleransi sesama ahli keluarga penting bagi mengekalkan keharmonian dan hubungan baik. -Gambar hiasan AI

CAMPUR tangan kedua-dua orang tua dalam urusan rumah tangga anak bukan perkara baharu, namun masalah tentu menjadi bertambah rumit apabila ia melibatkan soal pendidikan.

Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila ibu mentua didakwa meminta supaya anaknya dihantar ke sekolah biasa supaya suaminya dapat menanggung kos perbelanjaan cucu yang lain.

Permintaan itu dibuat atas alasan rasa simpati terhadap cucu berkenaan yang sudah tidak mempunyai bapa untuk menanggung perbelanjaan persekolahan. 

"Mentua suruh hantar anak saya ke sekolah biasa je sebab nak anak dia (suami) bayarkan sekolah swasta untuk cucu kesayangan. Tapi kali ni saya dah hilang kesabaran.

Suami perlu lebih memahami perasaan isteri, namun tidak membelakangi ibu sendiri dalam masa sama. -Gambar hiasan AI

"Saya cakap tak apalah mama (panggilan mentua) macam ni je, biar saya bawa anak balik duduk dengan mak saya je. Nanti suruh abang (suami) uruskan anak buah dia.

"Mak mentua diam tengok saya tapi saya sambung lagi, abang lepas ni boleh dah pindah rumah mama sebab mama perlukan awak bang," ujarnya dalam hantaran di Thread.

Namun mengejutkan apabila suami membalas dengan jawapan sinis apabila bersetuju dengan cadangannya itu dengan menyatakan bahawa dia sememangnya perlu memikul tanggungjawab tersebut.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila ibu mentua pula menuduh dirinya mempengaruhi pemikiran suami sehingga dianggap bersikap kurang ajar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikhianati mentua, tergamak sokong suami tambah ‘cawangan’ - “Entah apa perempuan tu ‘tabur’ dekat mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nak dekat, baru perasan bakal mentua sabotaj tema pakaian... Patutlah lambat beli kain! - "Mak suruh sabar je"

"Suami diam sebab dah tahu saya hilang sabar dengan mak dia. Dia tahu kata-kata saya tu tak provoke dia. Suami tahu saya cakap macam tu sebab geram.

"Paling best bila dia jawab, betul juga sebab abang rasa memang tak boleh keluar dari rumah ni. Kena duduk sini je tanggung semua anak buah dalam rumah ni.

"Mak mentua cakap sejak bila anak mama jadi kurang ajar macam ni? Kamu dah brainwash anak mama ke? Dia tunjuk muka saya sambil cakap tu," katanya lagi.

Pasangan itu kemudiannya membuat keputusan untuk pulang, meninggalkan kediaman itu sambil hati pedih gara-gara kata-kata kesat mentua.

  • Wanita tertekan apabila mentua minta anaknya ke sekolah biasa demi cucu lain.
  • Dia hilang sabar, mahu pulang tinggal bersama ibunya sendiri.
  • Mentua menuduh pengadu mempengaruhi suaminya.
  • Suami mempertahankan isteri dan utamakan keluarga sendiri.
  • Pasangan itu memilih pulang selepas konflik memuncak.
Ringkasan ini dijana oleh AI

Wanita tersebut mengakui dirinya sudah terlalu penat untuk terus berdepan situasi sama dan menyifatkan kunjungan itu sebagai yang terakhir buat sementara waktu. 

"Suami saya jawab, mama... abang sudah ada tanggungjawab. Fasal budak-budak tu, pandai la mereka cari penyelesaian. Tak apa la, abang datang nak bagi anak abang ni jumpa mama.

"Tapi abang rasa mama tak nak jumpa mereka. Abang bawa isteri dengan anak balik dulu la ma. Tunggu je nanti ada la tu 'pemberita' beritahu apa yang mak saya 'carut' masa kami balik.

"Saya cakap dengan suami yang ini kali terakhir saya datang rumah tu sebab dah penat," ceritanya mengimbas kembali 'drama' di rumah mentuanya.

Artikel Lain