suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dianggap pelakon berwajah awam, Nad Zainal anggap rezeki dapat bawa pelbagai watak

Nad mengakui sering ditawarkan watak di luar zon selesanya.

NAMA Nad Zainal dikenali sebagai seorang pelakon versatil yang mampu melakonkan pelbagai peranan dalam drama lakonannya.

Pun begitu, masih terdapat segelintir pihak menganggap wajah Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 34, tidak sesuai menerajui peranan utama.

Tidak kisah dengan kritikan tersebut, Nad sebaliknya memberitahu wajah 'awam' dimilikinya menyebabkan dia sering mendapat pelbagai watak.

Copy of Untitled - 2025-01-10T134650.915

Nad berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman TikTok.

"Apabila orang kata awak tak cukup lawa sebagai heroin untuk slot 7 malam.

"Tetapi disebabkan muka awak muka awam, selalu dapat watak kampung, watak cacat dan watak psiko," katanya.

Nad menulis perkara itu menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketegasan Ungku Ismail ajar anak tiri mengaji dipuji peminat... Nad Zainal tengah dahaga pun takut nak pergi dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah tak sesuai jadi hero, Aloy Paradoks sabar terima hinaan... “Kau ada duit, kau handsome”

Pelakon itu bagaimanapun enggan ambil pusing perkara itu malah mengganggap ia sebagai rezeki buat dirinya.

Jelasnya, dia tetap bersyukur kerana masih ada pihak menghargai bakat lakonannya sehingga kini.

"Jadi nak gembira atau sedih? Rezeki masing-masing. Kita semua ada peranan masing-masing.

"Lawa atau tidak semua ada rezeki atau tempat tersendiri okay? Sentiasa bersyukur," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain