suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shukri Yahaya tiada respons, foto tunjuk isyarat jari lucah cetus perbalahan di media sosial

Peminat menanti penjelasan daripada Shukri Yahaya.

FOTO pelakon Shukri Yahaya menunjukkan isyarat jari tengah ketika bergambar bersama rakan-rakan selebriti mengundang kecaman netizen di platform Threads.

Menerusi foto tersebut, Shukri dilihat bergambar bersama pelakon Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Andy Teh dan Irfan Zaini sambil menunjukkan isyarat jari tengah ke arah kamera.

Tindakan pelakon berkenaan mendapat perhatian seorang pengguna Threads dikenali sebagai @satu_cer1ta yang berpendapat perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan Shukri sebagai figura awam yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Teguran netizen buat Shukri Yahaya.

Menurutnya, tindakan berkenaan juga dikhuatiri memberi gambaran kurang baik terhadap isterinya, Tya Adnan berpenampilan mengikut syarak.

Malah, pengguna tersebut turut bimbang sekiranya perbuatan berkenaan menjadi ikutan golongan muda yang melihat perkongsian tersebut.

“Kalau nama kau Ali nak ambil gambar tunjuk jari tengah tak ada siapa kisah. Tapi kau Shukri Yahaya pengikut dua juta, ambil gambar tunjuk jari tengah apa kejadahnya?

“Lepas itu ramailah adik-adik terikut rasa ambil gambar tunjuk jari tengah itu normal,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi babak pegang tangan wanita, Shukri Yahaya jaga hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kagum dengan penghijrahan Tya Adnan, Shukri Yahaya hebat berjaya didik isteri

Hantaran tersebut turut menerima pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata tidak bersetuju terhadap tindakan Shukri.

Namun, ada juga yang tampil mempertahankan pelakon berkenaan selain mendakwa foto tersebut berkemungkinan sudah disunting dengan niat untuk menjejaskan reputasinya.

Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shukri berhubung perkara tersebut tidak berhasil apabila panggilan telefon dan hantaran WhatsApp tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain