suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sikit lagi aku nak kencing dekat kerusi roda“ - Sharifah Sakinah tegur orang sihat jangan guna tandas OKU sesuka hati

Sakinah terpaksa menggunakan kerusi roda kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki kirinya.

PELAKON Sharifah Sakinah menegur sikap segelintir individu yang masih menggunakan tandas khas orang kurang upaya (OKU) walaupun mempunyai kemampuan fizikal untuk berjalan seperti biasa.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, meminta individu yang tidak mempunyai masalah fizikal supaya tidak menggunakan kemudahan berkenaan sesuka hati.

"Kepada yang cukup fizikal dan mampu berjalan laju, tolonglah jangan suka-suka hati masuk tandas OKU. 

Sakinah mohon individu yang sihat fizikal untuk tidak menggunakan tandas OKU.

"Sikit lagi aku nak kencing dekat kerusi roda, lepas tu keluar manusia normal yang boleh berjalan laju," katanya. 

Sakinah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Ahad.

Teguran tersebut dipercayai dibuat berdasarkan pengalaman Sakinah yang kini sedang mengalami kecederaan pada buku lali kaki kirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Santai layan Threads bertukar tragedi... Sharifah Sakinah cedera buku lali akibat terjatuh

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Sakinah memaklumkan mengalami kecederaan pada buku lali kaki kirinya akibat terjatuh di rumah. 

Menurut Sakinah, insiden yang berlaku kira-kira tiga minggu lalu dianggap agak serius sehingga doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan serta rawatan fisioterapi. 

Bagaimanpun, pelakon filem Tiket Sehala ini memilih untuk tidak melakukan pembedahan dengan harapan kaki kirinya dapat pulih secara semula jadi memandangkan jadual kerja yang sangat padat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain