suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Intan Suraya minta jangan kongsi video lama tak berhijab - “Jadi apa lagi, padamlah video itu“

Intan mohon agar video lamanya tidak berhijab diturunkan daripada media sosial.

PENGACARA Intan Suraya memohon mana-mana pihak yang masih berkongsi video lamanya ketika tidak berhijab supaya memadamkan kandungan berkenaan.

Menurut Intan, kebelakangan ini namanya sering disebut dalam video yang memaparkan dirinya mengacarakan sebuah program pada suatu ketika dahulu.

Katanya, video berkenaan merupakan rakaman lama dan dia terpanggil untuk memberikan penjelasan selepas semakin ramai pengguna berkongsi di media sosial. 

Intan mahu istiqamah dalam menjaga aurat.

"Baru-baru ni ramai tag nama saya atas sebuah video yang saya pernah mengacara suatu ketika dulu. Lama dah. 

"Bila makin ramai tag, saya terpanggil untuk beritahu sesuatu. Intan Suraya sekarang dah tak sama macam dulu. 

"Intan Suraya pengacara dulu tu tak pakai tudung, sekarang ini saya dah pakai tudung dan sedang berusaha untuk istiqamah serta mendalami kehidupan lebih baik berbanding dulu," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong berhijab sempena hari lahir Cat Farish

ARTIKEL BERKAITAN: Vanidah Imran akui 'belajar' berhijab, mohon doa peminat

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam video tersebut, Intan turut memaparkan potongan klip daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang berkongsi mengenai hukum berkongsi foto lama seseorang yang tidak menutup aurat.

Kata Intan, dia berharap peringatan tersebut dapat membuka ruang untuk semua pihak lebih berhati-hati sebelum berkongsi kandungan lama yang melibatkan aurat seseorang.

"Jadi kepada sesiapa yang post video saya tak berhijab dulu, ini ada kata-kata daripada ustaz untuk peringatan kita bersama. 

"Ha dengar tak tu? Jadi apa lagi, padamlah video itu.

Intan kini berusaha menjadi individu lebih baik.

"Dengan peringatan ini semoga kita sama-sama dapat menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan dirahmati, diampuni dan dipermudah segala urusan. Jangan marah ya," ujarnya. 

Untuk info, Intan merupakan bekas pengacara televisyen TV3 yang popular sekitar tahun 2000-an. 

Antara program televisyen popular yang pernah dikendalikan Intan termasuk Sinaran Pasport Kegemilangan, Pop Kuiz dan Muzik Muzik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain