suria

Bekas kekasih wanita Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19, Hafiz Hamidun belum putus asa cari jodoh

Hafiz dedah wanita Indonesia yang sedang dikenalinya dahulu sudah meninggal dunia kerana Covid-19.

SOALAN berkaitan jodoh sering kali diajukan kepada penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun selepas hampir tujuh tahun memegang gelaran duda.

Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 40, bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah berputus asa dalam usaha mencari jodoh meskipun usianya semakin lanjut.

Malah faktor anak angkatnya iaitu Hamdee yang sudah menganjak usia empat tahun dilihat masa sesuai untuk dia kembali berumah tangga.

size NP 1 (32)

Hafiz bersama Hamdee iaitu anak angkatnya yang diambil secara rasmi pada tahun 2022.

"Sebenarnya saya kena set balik minda sebelum nak bercinta sebab ia melibatkan komitmen jadi saya kena bersedia tentang perkahwinan," katanya kepada mStar.

Hafiz berkongsi perkara itu ketika majlis pengumuman Konsert Zikir Dikir yang bakal diadakan pada 3 Mei depan di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Hafiz mendedahkan bekas teman wanitanya yang berasal dari Indonesia sudah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Persetubuhan... Hafiz, Joy Revfa Cerai 'Ba-in Sughra'

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai tawar diri nak jadi kekasih”... Hafiz Hamidun dah ada teman istimewa, beri bayangan wanita seberang

Hafiz memberitahu dia tidak sempat bertemu dengan wanita tersebut memandangkan sekatan akibat wabak tersebut dan hanya menjalinkan hubungan jarak jauh.

"Waktu itu tak tahu nak sedih ke apa, dia meninggal dunia disebabkan Covid-19.

"Kami berkenalan pun masa Covid-19 jadi tak boleh pergi ke Indonesia. Jadi kami hanya berkawan dan mengenali hati budi masing-masing secara jarak jauh.

"Saya dapat tahu pun sebab keluarga dia beritahu," ujarnya.

size NP 1 (34)

Hafiz dan Halim berkolaborasi dalam Konsert Zikir Dikir.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal bergandingan dengan penyanyi dikir barat iaitu Halim Yazid menjayakan Konsert Zikir Dikir.

Selain itu konsert berkenaan turut melibatkan artis kebudayaan bagi menyemarakkan persembahan yang penuh dengan mesej kerohanian, kemanusiaan dan unsur nasihat.

Konsert Zikir Dikir turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures menerusi dana Kandungan Digital.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang dikenali sebagai Joy Revfa pada 1 Mei 2017.

Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama lima bulan selepas Hafiz meragui status cerai bekas isterinya itu dengan suami terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain