suria

Siti Khadijah harap bertemu lelaki baik, minta Aniq Suhair doakan di Makkah

Siti (kanan) mohon Aniq mendoakan jodoh buatnya ketika di Tanah Suci.

PELAKON Siti Khadijah menitip pesan kepada aktor Aniq Suhair yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah agar mendoakan dia bertemu jodoh.

Siti atau Siti Khadijah Halim, 27, berkata, dia berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan sesuai dengannya.

"Aniq doakan aku jumpa jodoh yang sesuai dengan aku. Amin," katanya.

Aniq mendoakan orang ramai turut berpeluang ke Tanah Suci.

Aniq mendoakan orang ramai turut berpeluang ke Tanah Suci.

Siti berkongsi perkara itu menerusi komen hantaran yang dimuat naik Aniq di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 24, berkata, dia menerima banyak kiriman doa daripada pengikutnya di media sosial.

Kata Aniq, ada sebahagian doa yang sempat ditunaikan untuk dibaca dan aktor ini turut mendoakan peminatnya dikurniakan rezeki ke Tanah Suci.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu mula kehidupan baharu, Aniq Suhair botakkan kepala selepas selesai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak percaya orang, Siti Khadijah lebih selesa bergerak sendiri tanpa pengurus

"Ramai kirim doa di ruangan komen menerusi hantaran IG saya sebelum ini. Ada yang sempat saya baca dan aminkan dan mana yang terlepas pandang saya minta maaf.

"Saya mendoakan semua yang membaca ini dapat pergi ke Tanah Suci dengan izin Allah insya-Allah... Saya juga ingin berterima kasih kepada semua mendoakan saya sebelum ini," ujarnya.

Dalam pada itu, kunjungan Aniq ke Tanah Suci turut mendapat perhatian netizen apabila menyifatkan pelakon drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ini seorang yang beruntung kerana kerap berpeluang menunaikan ibadah umrah.

"Untung sangat insan bernama Aniq Suhair ini. Dapat pergi umrah banyak kali. Bestnya," tulis netizen.

Aniq disifatkan sebagai beruntung kerana sering berpeluang menunaikan umrah.

Aniq sering kali berpeluang menunaikan umrah.

Untuk rekod, kali terakhir Aniq menunaikan ibadah umrah pada November tahun lalu.

Ketika kunjungannya itu, aktor berkenaan turut membotakkan kepalanya selepas selesai menunaikan umrah.

Kata Aniq, dia menganggap perkara itu bukan sahaja sebagai salah satu rukun menunaikan umrah tetapi permulaan baharu selepas dilanda pelbagai ujian sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain