suria

Pekakkan telinga setiap kali ditanya tentang zuriat, Danial Zaini berserah kepada Allah

Danial percaya pada rezeki Allah tentang kurniaan cahaya mata.

HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Danial Zaini tidak tertekan apabila masih belum menimang cahaya mata.

Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 31, sebaliknya percaya rezeki anak itu akan hadir tepat pada masanya kerana Allah sebaik-baik perancang.

"Saya tak pernah terdetik untuk memaksa isteri untuk dapatkan zuriat sebab saya percaya rezeki datang dari Allah SWT.

size NP 1 (33)

Danial dan Yasmine mendirikan rumah tangga pada Julai 2022.

"Kalau memaksa pun tak tenang, kadang-kadang orang selalu tanya isteri saya bila pula nak ada anak.

"Jawapan saya satu je, Allah kalau nak bagi Dia beri pada masa yang tepat," katanya ketika dihubungi mStar.

Pelawak itu bagaimanapun tidak menafikan pada awalnya dia dan isteri iaitu Yasmine Umaira berasa tertekan dengan soalan mengenai zuriat.

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira, beri wang hantaran RM17,777.77

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini sebak isteri cium tangan pagi raya, tahun pertama sambut sebagai suami... “Sebelum ini peluk mak dulu”

Namun kini mereka sudah lali dengan pertanyaan itu.

"Ada je soalan tentang zuriat bila balik kampung masa lepak dengan keluarga. Tapi saya percaya pada rezeki Allah walaupun dah kahwin hampir dua tahun.

"Saya juga selalu cakap dekat isteri bila ada soalan seperti itu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

size NP 1 (31)

Danial berjaya duduki tempat ketiga di The Masked Singer Malaysia musim keempat.

"Kami tak tertekan, awal-awal dulu ya tapi sekarang tidak sebab dah lali, lagipun kami baru kahwin dua tahun bukan 20 tahun," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Danial menduduki tempat ketiga sebagai kostum Sang Kancil di program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang berakhir pada Ahad lalu.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2022 di Kuantan, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain