suria

Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira, beri wang hantaran RM17,777.77

Danial merahsiakan berita pernikahannya sebelum ini.

PELAWAK dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Yasmine Umaira Yahya dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang diadakan di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang pada pagi Sabtu.

Danial dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid dan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77.

Selain itu, Danial, 29, turut menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine, 29.

danial nikah 2

Danial dan Yasmine selemat bergelar suami isteri.

Berkongsi detik bahagia itu, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 29, berkata, ia adalah saat indah yang dinantikan dan ramai rakan artis terkejut dengan berita pernikahan itu kerana dia merahsiakannya.

"Sejujurnya ini adalah pengalaman indah dan sangat dinantikan, banyak rakan-rakan artis terkejut dan tak sangka saya sudah bergelar suami hari ini.

"Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun jadi peserta, akhirnya Danial Zaini dapat peluang jadi hos... tumit kaki berdarah gara-gara menari TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan MLS2 ubati Danial Zaini, akui pernah tawar hati dengan dunia komedi

Pada majlis tersebut, Danial menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, pasangan mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah tengah hari.

Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan

DANIAL ZAINI

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Mereka mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang.

danial nikah 3

Danial bersyukur dan terharu majlis berjalan lancar.

Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Pulau Pinang pada 16 Julai nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain