suria

Kemenangan MLS2 ubati Danial Zaini, akui pernah tawar hati dengan dunia komedi

Danial terduduk ketika nama kumpulannya, Heart diumum sebagai juara MLS2.

MENJADI juara program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) pada Jumaat lalu, pelawak Danial Zaini mendedahkan dia pernah berasa tawar hati dengan dunia komedi.

Biarpun konsep lawak impersonate atau penyamaran yang digunakan selama ini tidak disukai namun Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini bersyukur kini semakin ramai yang mula menerimanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Heart juara Muzikal Lawak Superstar 2 - “Mereka boleh bagi kita ketawa!”

"Kenangan yang indah untuk 2021. Dahulu tawar hati dengan dunia komedi kini terubat kembali dengan kemenangan ini. Dulu buat lawak impersonate orang tak suka.



Danial berkongsi perkara itu di Instagram.

"Tapi hari ini semua orang suka dan terima," kata Danial.

Penyanyi lagu Ku Tak Rela ini berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik rakaman ketika kumpulannya iaitu Heart diangkat sebagai juara MLS2 di Instagram pada Ahad.

Menerusi rakaman yang dikongsikan itu, Danial tidak dapat menahan rasa sebak dan terduduk ketika nama kumpulannya disebut sebagai juara MLS2 yang berlangsung di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC).

Percayalah pada diri sindiri dan yakin dan paling penting jaga hubungan kita dengan Allah.

DANIAL ZAINI

PELAWAK

Dalam pada itu, Danial turut mengucapkan terima kasih kepada seorang lagi ahli kumpulannya iaitu penyanyi Ezad Lazim banyak membantu dan juga semua yang mendoakan mereka.

"Terima kasih buat @ezadlazim banyak membantu. Terima kasih semua yang mendoakan kami. Percayalah pada diri sindiri dan yakin dan paling penting jaga hubungan kita dengan Allah.

"Insya-Allah semua dipermudahkan. Semua Allah sayang," ujarnya.



Kumpulan Heart turut dianggotai oleh Azmi Saat dan Ezad Lazim.

Kumpulan Heart berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi manakala kumpulan UNI yang dianggotai Fad Bocey, Atu Zero dan Fakhrul UNIC naib juara dan membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik Viral yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh serta Roy Azman dan kumpulan Janggo yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Man Raja Lawak diumumkan sebagai penerima tempat keempat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain