suria

Janna Nick luah tertekan dengan kerja, Fasha Sandha nasihat berehat daripada media sosial

Fasha turut beri kata-kata sokongan kepada Janna.

LUAHAN perasaan Janna Nick yang tertekan dengan urusan kerja menerusi Instagram miliknya pada Sabtu turut menarik perhatian rakan-rakan selebriti seperti Achey dan Fasha Sandha.

Pelawak Achey menerusi ruang komen di perkongsian tersebut turut berkongsi pengalaman melalui fasa yang sama seperti aktres tersebut ketika berada di program Maharajalawak Mega.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick rakam detik menangis dalam kereta, emosi terganggu - “Saya dengar lima, enam suara dalam kepala beri idea berbeza untuk kerja”

Akui tekanan kerja timbul disebabkan jadual yang padat, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berharap Janna akan terus kuat mengharungi dugaan tersebut.



Antara rakan selebriti yang memberi sokongan kepada Janna.

"Saya pernah rasa seperti itu Janna... perkara macam ni akan datang bila jadual padat dan program yang memerah otak seperti #Maharajalawakmega.

"Pergh... kita lelaki kira ok lagi nak gerak simple saja dah boleh. Itu pun penat... perempuan kalau alami dua kali ganda. Sebab semua nak kena bersedia. Terutama mental... terus kuat Janna," komen Achey.

Sebelum ini, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 25, mendedahkan mengalami tekanan perasaan akibat terlalu banyak bebanan kerja dan tidak cukup rehat.

Tak perlu tengok media sosial kejap... Insya-Allah awak akan okay.

FASHA SANDHA

PELAKON

Dia yang membuat luahan tersebut sambil menangis memberitahu badannya sudah terlalu penah untuk bekerja.

Dalam pada itu, pelakon Fasha Sandha memahami situasi dan perasaan yang dialami pelakon drama siri Marry Me Senorita tersebut.

Fasha yang juga isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberi nasihat kepada Janna supaya mengambil masa untuk berehat daripada melihat telefon dan sosial media.



Janna akui dirinya terlalu penat gara-gara jadual padat.

"Pernah melaluinya. Jangan risau, awak akan baik... ambil masa untuk berehat kejap, tutup telefon untuk beberapa hari dan berada bersama keluarga.

"Tak perlu tengok media sosial kejap... Insya-Allah awak akan okay. Kami semua doakan Janna," kata Fasha.

Rakan selebriti lain iaitu Ain Edruce, Nabila Razali, Sharnaaz Ahmad, Farah Nabilah, Diana Danielle dan Wany Hasrita turut memberi kata-kata semangat kepada pengacara Melodi itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain