suria

Penyanyi YouTube The Cranial makin berani tunjuk ‘taring’, pertaruh single ‘Pendam’

The Cranial dianggotai (dari kiri) Farez Amirul, Haziq Fitrie dan Aiman Sabri.

SELEPAS lebih lima tahun selesa menyanyikan semula lagu-lagu penyanyi lain versi cover di saluran YouTube, akhirnya kumpulan The Cranial memberanikan diri tampil menerusi single pengenalan berjudul Pendam.

Mula dilancarkan sejak 26 Mac lalu, The Cranial percaya lagu tersebut akan mendapat tempat di hati peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Here Comes July sanjung pengorbanan wanita dalam lagu Juwita - “Mereka tak pernah berkira, penat atau beri alasan”

The Cranial dianggotai oleh tiga anak muda berusia 23 tahun iaitu, Aiman Sabri selaku vokalis, Farez Amirul (pemain gitar) dan Haziq Fitrie (pemain bass).

Mereka menjadikan kumpulan Floor88 dan Insomniacks sebagai rujukan.

"Jika dahulu kami sering cover lagu penyanyi lain dan sekarang kami dah pun tampil dengan single sulung berjudul Pendam.

"Kami berani keluar dengan single ini kerana cuba mencabar diri untuk maju ke hadapan dalam bidang muzik menerusi lagu genre pop rock.

"Peminat pun dah tertanya-tanya bila kami nak keluar lagu sendiri dan akhirnya hasrat itu dapat direalisasikan menerusi lagu Pendam," kata Aiman ketika dihubungi mStar

Jika dahulu kami sering cover lagu-lagu penyanyi lain dan sekarang kami dah pun tampil dengan single sulung berjudul Pendam.

AIMAN SABRI

VOKALIS THE CRANIAL

Kumpulan ini juga pernah berkolabrasi dengan artis-artis tempatan seperti Ariff Bahran, Adzrin, Ahmad Adly dan Shazriq dari Shazz untuk menghasilkan lagu cover yang dimuat naik ke saluran YouTube mereka.

Mereka kini bernaung di bawah label Sirius Muzik.

Kumpulan ini menjadikan pengaruh muzik band Floor88 dan Insomniacks sebagai contoh untuk mereka berkarya sekali gus berpeluang untuk mencipta nama di persada muzik arus perdana.

The Cranial dianggotai oleh tiga anak muda berusia 23 tahun.

"Influence muzik kami banyak datang daripada kumpulan Floor88 dan Insomniacks. Selain itu, muzik kami turut ada bunyi-bunyi band luar negara seperti Green Day dan 5 Seconds of Summer.

"Untuk perancangan masa depan, kami akan keluar dengan tiga lagi single yang masih lagi dalam proses penghasilannya," ujar Aiman lagi.

Pendam merupakan lagu hasil ciptaan komposer Mas Dewangga dan liriknya ditulis oleh Firdaus Rahmat.

Lagu itu kini sudah boleh didapati di semua platform penstriman muzik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain