suria

Heart juara Muzikal Lawak Superstar 2 - “Mereka boleh bagi kita ketawa!”

Wajah juara... Heart berjaya menawan hati juri dan penonton.

BERENTAP selama sepuluh minggu, perjuangan kumpulan Heart nyata berbaloi apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi selepas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Ezad Lazim dan Azmi Saat itu ternyata berjaya menawan hati juri menerusi persembahan mantap mereka pada acara yang berlangsung di Putra Hall B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Jumaat malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey serba salah kena buat lawak seminggu selepas bapa meninggal - “Suruh mak tutup TV, jangan tonton Muzikal Lawak Superstar”

"Kami datang nak menjurikan lawak, kita akan beri markah yang bagus kepada mereka yang boleh bagi kita ketawa.

Kumpulan UNI pulang dengan hadiah kemenangan RM75,000.

"Semua orang cuba yang terbaik tapi malam ni nampak kelebihan kepada Heart, kita nampak kelebihan itu... menanglah mereka," demikian antara komen juri.

Danial juga menerima gelaran Superstar musim ini.

Sementara itu kumpulan UNI yang dianggotai Fad Bocey, Atu Zero dan Fakhrul UNIC terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara yang melayakkan mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Kumpulan Viral memberikan saingan mantap kepada peserta-peserta lain.

Tempat ketiga pula milik Viral yang dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Roy Azman.

Mereka membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Manakala kumpulan Janggo yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Man Raja Lawak diumumkan sebagai penerima tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.

Barisan juri iaitu (dari kir) Zul Ariffin, Fazuran dan Datuk Awie.

Persembahan malam ini diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin yang mewakili 50 peratus pemarkahan, manakala 50 peratus lagi daripada undian penonton.

Program dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (107).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain