suria

“Nak Kahwin Nanti Saya Beritahu” – Syafiq Kyle

Syafiq lebih selesa berkongsi tentang kerjayanya berbanding kisah peribadi. Foto Instagram: @syafiqkyle.

PELAKON yang sedang meningkat naik, Syafiq Kyle bimbang jika peminat mula berasa muak apabila dia kerap berkongsi kisah-kisah cinta atau peribadi.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia merupakan seorang perahsia dan lebih selesa bercakap hal berkaitan kerjaya.

"Bagi mereka yang mengenali diri saya pastinya tahu saya ialah seorang yang sangat berahsia bila bercakap mengenai peribadi.

"Saya lebih selesa membicarakan soal kerjaya berbanding peribadi. Bukan apa, saya takut peminat muak dgn kisah-kisah percintaan sebegini," kata Syafiq kepada mStar Online.

Syafiq diminta mengulas artikel gosip sebuah portal pada Ahad yang mengatakan peminat merestui hubungan percintaan dia dan pelakon Hannah Delisha di lokasi penggambaran.

Menurut Syafiq, perkara tersebut bukan sesuatu yang baru dalam kalangan peminat dan seseorang artis. Malah ia sudah menjadi satu ikutan.

Peminat restui hubungan Syafiq dan Hannah di lokasi penggambaran.

Bagi pelakon Mencintaimu Mr. Photographer ini, keingingan tersebut adalah bukti lakonan mereka benar-benar sampai ke hati penonton.

"Rasanya ini bukan satu perkara baru bagi kalangan peminat dan juga artis sendiri. Saya, Hannah, mahupun semua rakan artis hanya memberikan yang terbaik dalam setiap karya yang kami usahakan.

"Ia juga membuktikan yang hasil lakonan kami benar-benar sampai ke hati penonton. Nak cipta keserasian bukannya mudah.

"Alhamdulillah, setiap karya yang saya terlibat, baik pasangan mahupun team produksi, semua saling memberi, hasilnya, karya kami diterima baik," ujarnya.

Gandingan pertama Syafiq dan Hannah menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer berjaya menambat hati penonton sehingga mereka ingin melihat pasangan itu menjadi kekasih dalam dunia nyata.

Selain Hannah, ada juga peminat yang suka melihat keserasian Syafiq dan pasangan lakonannya, Farah Nabilah menerusi drama bersiri Mocha Kau Bahagia.


Gandingan Syafiq dan Farah juga mendapat perhatian peminatnya.

Dalam pada itu, Syafiq menganggap peminat mempunyai hak untuk beranggapan seperti itu dan ia juga adalah asam garam kehidupan artis.

Bagaimanapun, seboleh-bolehnya dia akan elak menjawab soalan-soalan peribadi dan meminta peluang untuk berkarya terlebih dahulu.

"Itu hak peminat. Kita tidak boleh nafikan. Asam garam kehidupan artis. Dah nama pun public figure kan. Tapi kalau boleh, pastinya saya nak cerita mengenai kerjaya yang diutamakan.

"Perjalanan kerjaya saya kalau nak diikutkan, memang panjang dan berliku. Sebolehnya saya memang akan elak menjawab soalan-soalan mengenai percintaan.

"Bagilah saya peluang dan ruang untuk berkarya terlebih dahulu. Insyaallah, nak kahwin nanti saya beritahu okey? Jangan risau," katanya.

Syafiq akan menjalani penggambaran drama bersama dengan Zahirah Mcwilson untuk Astro Megadrama bertajuk Takkan Ada Cinta Sepertimu.

Dalam masa yang sama juga akan membintangi sebuah filem dan salah satu filem, Langsuir  bersama Hannah bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain