suria

Adik Perempuan Achey Peserta 'Gegar Lawak'

Adik perempuan Achey iaitu Tasha salah seorang peserta Gegar Lawak. Foto: MUHD AL QAYUM.

KUALA LUMPUR: Adik kepada pelawak Achey iaitu Nornatasha Hamzah atau Tasha antara 14 peserta yang terpilih menyertai program terbaharu terbitan Astro iaitu Gegar Lawak.

Selain Tasha, 25, seorang lagi peserta solo wanita adalah Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini, 26, yang bakal berentap di samping peserta lelaki.

Enam lagi peserta solo adalah Mohamad Hezrie Salim, Ayim, Padil, Abe, Rizal dan Bayu dari Indonesia.

Manakala peserta duo disertai oleh Testo (Agoq, Ajek), 2B (Man, Weera), Candy (Faizzal, Nazzry) dan Sogeh (Izwan, Muflih).

Kiut (Hanafi, Zam, Tapai) dan Abata (Alham, Mus, Halim) pula tampil sebagai peserta trio.

Sementara itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, penerbitan program ini diharap dapat melahirkan pelawak baharu bagi memastikan kelangsungan dunia komedi di Malaysia.

Barisan peserta yang akan bersaing dalam program Gegar Lawak.

“Program ini menjanjikan idea-idea lawak yang segar daripada muka-muka baharu dan mereka inilah yang akan menjadi antara anak seni disegani suatu hari nanti,” katanya.

Gegar Lawak bakal bermula bersiaran pada 19 Januari, 10 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (134).

Sementara itu, Raqim berkata, menariknya mengenai Gegar Lawak, seramai empat pelawak iaitu Tauke, Nizam Jentik-Jentik, Ali Puteh dan Dzawin akan bertindak sebagai penasihat selain membimbing semua peserta terlibat.

Malah kesemua persembahan peserta turut diadili oleh juri profesional yang mewakili 70 peratus markah manakala selebihnya undian peminat.

“Setiap minggu peserta akan melakukan persembahan berdasarkan tema diberikan dan juri profesional yang berpengalaman akan mengadili mereka,” katanya.

Tambah Raqim, kesemua peserta dipilih menerusi sesi uji bakat terbuka dan atas talian yang telah diadakan dari 19 hingga 26 November lalu.

Gegar Lawak akan dihoskan oleh Kamal Adli dan Fad Bocey manakala pelawak Douglas Lim bertindak sebagai juri tetap.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, naib juara RM25,000, ketiga RM15,000 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing bakal menerima RM10,000 dan RM5,000.

Achey, Gegar Lawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain