suria

Luahan pelik di IG buat peminat risau... Aweera masih ingat agama, tak terfikir cabut nyawa sendiri

Aweera menjelaskan tentang tindakannya membuat luahan di Instagram miliknya.

PEMINAT meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan mental Aweera apabila penyanyi itu dilihat memuat naik hantaran berbaur pelik di Instagram miliknya.

Aweera atau Nasharul Ameera Norhissham, 33, menjelaskan apa ditulis di media sosial hanya sekadar luahan dan peringatan kepada diri sendiri tentang kematian.

Jelasnya lagi, dia masih berpegang pada ajaran Islam dan sedar tindakan mengambil nyawa sendiri adalah perbuatan dosa besar.

"Saya ini bukanlah baik sangat tetapi masih ingat agama. Tiada apa negatif pun tentang posting itu.

aweera 3

Aweera masih terkesan dengan pemergian sepupu tersayang, Elly pada September lalu.

"Tiada niat nak mengambil nyawa sendiri. Sebagai manusia kita tak boleh lari daripada tekanan jiwa.

"Tak perlu risau sebab saya tulis pun sebagai peringatan kepada diri sendiri. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Pada Selasa, Aweera memuat naik foto hitam putih berlatar belakangkan pemandangan laut dengan kapsyen memberi bayangan mahu 'pergi jauh' selain memohon maaf kepada semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Aweera reda pemergian bekas pelumba GP Malaysia, mahu kematian sepupu dapat keadilan

ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor umur 51 tahun dituduh bunuh bekas pelumba Cub Prix negara Elly Idzlianizar Ilias

Sementara itu, Aweera menjelaskan hantaran tersebut luahan rindu terhadap sepupunya iaitu Allahyarham Elly Idzlianzar Elias iaitu bekas pelumba motosikal GP yang mati dibunuh September lalu.

Terang Aweera, pemergian mengejut arwah memberi kesan besar sehingga membuatkan dia berada dalam keadaan murung.

"Hubungan kami sangat rapat dan walaupun sudah sebulan dia tiada namun saya masih terasa. Saya agak murung selepas sepupu meninggal dunia.

aweera 2

Aweera memberitahu Elly sangat rapat dengannya.

"Arwah selalu memberi kata-kata semangat dan perginya dia dalam keadaan begitu membuatkan saya ralat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aweera bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Mana Menghilang yang juga luahan rasa terhadap pemergian Elly.

"Lirik lagu itu juga berkaitan dengan kejadian menimpa orang yang kita sayang.

"Setiap kali menyanyikan lagu itu saya amat sedih apabila terkenangkan arwah," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain