KETIKA kisah pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan, nama individu yang digelar sebagai 'Coach Cerai' turut menjadi perhatian.
Bertindak sebagai perunding dalam hubungan rumah tangga, pemilik nama Mohd Izary Muhammed Ikbal itu mampu menilai tahap kebahagiaan dan ketahanan sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat.
"Kalau saya jumpa satu pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama seminit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak.
"Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan bahagia atau tidak," katanya ketika menjadi tetamu dalam satu podcast.

Izary antara orang terdekat yang ada di sini Uqasha ketika berdepan kes cerai.
Izary bagaimanapun menegaskan ketepatan untuk membuat andaian sebegitu bukanlah 100 peratus.
Baginya pemerhatian juga dibuat berdasarkan pola yang biasa dilihat dalam kalangan pasangan.
"Saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup. Kita boleh perasan perkara itu berlaku," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amaran keras Kamal Adli buat Uqasha Senrose, ‘coach cerai’
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahkamah nasihat Kamal Adli lafaz talak, Uqasha Senrose dedah pernah dikasari, dipukul dan pergaduhan tidak berhenti
Berkongsi lanjut pengalaman yang dilalui, Izary juga memberitahu dia pernah berdepan dengan pasangan yang hanya menunjukkan kebahagian di media sosial.
"Saya pernah menguruskan satu kes di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia kaki pukul isteri. Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tetapi ada dua atau tiga kekasih lain.
"Jadi jangan kita percaya 100 peratus apa yang dilihat di media sosial," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


