Dr Zulkifli Hasan mengingatkan penggiat seni agar mematuhi garis panduan hiburan dan menjaga nilai akhlak masyarakat.
SUSULAN penularan sebuah lagu baharu nyanyian artis wanita tempatan yang didakwa mengandungi lirik berunsur lucah dan tidak bersesuaian, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius isu yang dibangkitkan segelintir netizen.Menterinya, Dr Zulkifli Hasan menegaskan penularan karya hiburan yang mengandungi unsur lucah, tidak senonoh serta bercanggah dengan nilai akhlak dan adab masyarakat berpotensi memberi pengaruh negatif khususnya kepada generasi muda. Katanya, semua penggiat seni, penerbit, pengkarya serta pihak berkaitan perlu mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada Februari 2015.Isu lirik tidak senonoh mendapat perhatian serius JPM (Hal Ehwal Agama).“Garis panduan ini dengan jelas menetapkan bahawa lirik hiburan hendaklah bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan"Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang selari dengan adab, budaya serta tuntutan syarak,” katanya dalam satu kenyataan.Dr Zulkifli turut mengingatkan bahawa Islam menuntut umatnya menjaga kesucian lidah, pendengaran serta hati, selain menekankan setiap perkataan yang diucapkan seharusnya membawa kebaikan dan tidak merosakkan maruah serta akhlak insan.ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama suruh siasat kes lelaki pakai gaun terbelah sampai pahaARTIKEL BERKAITAN: ‘Coach Cerai’ boleh normalisasi perceraian, Menteri Agama bersuara“Islam meraikan karya seni dan keindahan tetapi seharusnya ia menjadi wasilah mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni bukan sebaliknya,” katanya.Beliau menambah, hiburan yang baik adalah hiburan yang mampu membina jiwa serta memperkukuh akhlak, bukannya melalaikan atau merosakkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!