TANPA menyalahkan mana-mana pihak, pelakon Kamal Adli secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya yang juga aktres Uqasha Senrose atas segala pengorbanan dan pengajaran sepanjang tempoh perkahwinan mereka.Menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, Uqasha merupakan individu yang banyak membentuk dirinya sebagai seorang lelaki dan suami, selain menjadi guru terbaik dalam memahami erti kehidupan berumah tangga. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami. Dialah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan berumah tangga dan bagaimana menjadi seorang lelaki.“Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam perkahwinan, apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadi, saya amat menghargai segala yang dipelajari daripadanya,” katanya kepada mStar. Kamal berat hati untuk melepaskan Uqasha.Kamal berkata, dia memohon maaf sekiranya ada mengguris hati atau membuat kesalahan sepanjang bergelar suami kepada bekas isterinya itu. “Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam diri saya sehingga membawa kepada situasi ini. Kesalahan itu saya letakkan sepenuhnya pada diri sendiri.“Jika saya seorang suami yang lebih baik, mungkin perkara ini tidak berlaku. Namun, saya reda dengan ketentuan ini,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli, Uqasha Senrose sah cerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada Hawra saja sekarang” – Kamal Adli mohon jangan beri masalah jumpa anak lepas berceraiDalam masa sama, Kamal turut memohon maaf kepada keluarga Uqasha kerana merasakan dirinya gagal membahagiakan aktres berkenaan.“Saya mohon didoakan agar diberi kekuatan. Kepada keluarga Uqasha, saya memohon maaf jika gagal menjaga dan membahagiakan dia dengan sebaiknya.“Saya sudah mencuba sedaya upaya, namun setakat ini sahaja jodoh kami,” katanya. Pada Isnin, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pukul 12.56 tengah hari. Uqasha pernah menjadi sebahagian daripada hidup Kamal.Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang selepas lima bulan bertunang.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube