suria

Impian Hafiz Nafiah jadi pengarah akhirnya tercapai, tampil filem pertama berjudul ‘Mat Kola’

Impian Hafiz Nafiah menjadi pengarah akhirnya tercapai.

IMPIAN pelakon Hafiz Nafiah menjadi pengarah akhirnya tercapai apabila dia tampil dengan filem bergenre komedi berjudul Mat Kola.

Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd itu cukup bermakna baginya kerana sudah lama dia menanti peluang mengarah filem pertama.

“Saya bersyukur diberi peluang dan kepercayaan mengarah filem Mat Kola daripada penerbit, Azman Ahmad. Kami sudah kenal sejak 20 tahun lalu.

“Azman mencadangkan nama saya sebagai pengarah kepada Penerbit Eksekutif, Mahamad Pozi Mansor atau Abang Chot.

Mat Kola 1

Hafiz pertama kali menjadi pengarah dalam filem komedi berjudul Mat Kola.

“Idea asal filem Mat Kola adalah dari Azman, tetapi penulis skripnya adalah Pijon yang memang sudah biasa menulis cerita dialek utara (Kedah),” katanya.

Mengambil masa yang agak lama untuk bergelar seorang pengarah, Hafiz berkata dia mahu menimba ilmu dalam dunia belakang tabir produksi sebelum bersedia duduk di kerusi pengarahan.

Jelasnya, selepas menimba pengalaman luas sedia ada barulah dia bersedia untuk menggalas kerusi pengarah.

“Saya percaya tidak semua orang akan dapat peluang keemasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami di rumah okay saja walau abah tiada”... Anak lelaki pernah nasihat ND Lala ceraikan isteri baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Dah pilih prasekolah untuk Bilal, tapi Neelofa kecewa ibu bapa tak boleh akses CCTV sekolah

“Saya juga sudah lama sedia untuk mengarah drama, tetapi tawaran yang datang adalah projek filem dulu.

“Saya harap filem Mat Kola akan menjadi titik permulaan untuk membuktikan kerjaya saya sebagai pengarah,” ujarnya.

Selaku penerbit penyelaras, pengarah dan lakon layar filem Mat Kola, Hafiz berkata, nama Mat Kola dipilih kerana filem ini menceritakan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki lakonan Usop Mentor, Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar).

“Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.

Mat Kola 2

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Mat Kola.

“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, bahagian teknikal dan sebagainya,” katanya.

Berkongsi jalan cerita pula, Hafiz berkata filem santai ini mengisahkan mengenai seorang peniaga burger.

“Saya akui bukan mudah untuk mengarah genre komedi kerana saya juga baca skrip berulang kali dan merombaknya banyak kali sebelum saya imaginasikan dan beri penerangan pada pelakon,” katanya.

Filem ini turut dibintangi oleh Rozita Che Wan, Ropie, Putri Hanan, Fendi London, Mohd Hafeezul Yop dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain