suria

Sanggup keluar belanja sendiri tayang filem di AS, pengarah ‘Walid’ berani ambil risiko ubah skeptikal watak hero

walid 2

PENGARAH filem Walid iaitu Areel Abu Bakar sanggup berbelanja besar dan mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM300,000 untuk mendapatkan tayangan di Los Angeles dan New York, Amerika Syarikat pada Julai lalu.

Melihat ia sebagai satu peluang terbaik, Areel, 37, juga terpaksa menangguhkan penggambaran filem ketiga arahanya kerana kos tersebut digunakan buat perbelanjaan di AS.

"Tuhan sudah susuh segalanya dengan baik. Saya tangguh dahulu penggambaran filem lain sebab rugi jika saya tidak ambil peluang ini. Pihak di sana (AS) juga memberi notis anggak singkat iaitu dua bulan sebelum ditayangkan.

"Bagi saya duit bukan ukuran, malah kos tersebut juga bukanlah mahal cuma nilai mata wang sana agak tinggi. Peluang tidak akan datang kali kedua.

walid 2

Megat sebagai watak utama dalam Walid.

"Sukar nak gambarkan kepuasan saya apabila filem kita ditonton oleh 'orang putih'.

"Dalam babak filem tersebut juga saya letakkan Jalur Gemilang yang cukup menggambarkan ia filem Malaysia," katanya kepada mStar.

Walid merupakan filem kedua arahan Areel selepas Geran yang ditayangkan sekitar tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pukau penonton di Amerika Syarikat, ‘Walid’ masuk panggung Malaysia 14 September

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih pelakon ada ilmu silat... ‘Walid’ sarat elemen seni pertahan diri, ketengah isu penculikan kanak-kanak

Dalam filem kali ini, Areel menampilkan pelakon Megat Sharizal sebagai watak utama yang berkisahkan tentang sendiket pemerdagangan manusia serta pendidikan kanak-kanak.

Berani mengambil risiko, kata Areel dia juga mahu lari dari pandangan skeptikal sesetengah pihak yang hanya melihat watak hero sessuai dibawakan oleh pelakon lelaki bertubuh sasa.

"Dia (Megat) ada keunikan tersendiri. Megat sudah lama berada dalam industri dan saya nampak dia boleh melakukan babak aksi ketika berlakon dalam filem saya sebelum ini.

Memang ada risiko yang perlu diambil namun kita perlu berani dan percaya kepada hasil yang diberikan.

AREEL ABU BAKAR

PENGARAH

"Jadi saya cuba untuk beri peluang untuk dia pamerkan babak aksi dalam filem kali ini. Saya juga mahu lari dari tanggapan orang ramai tentang watak hero.

"Memang ada risiko yang perlu diambil, namun kita perlu berani dan percaya kepada hasil yang diberikan," ujarnya.

Selain Megat filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin dan Puteri Qaseh.

walid 3

Areel turut menulis skrip dan melakukan suntingan untuk Walid.

Sarat dengan elemen aksi, Areel turut memberi sentuhan pada aspek sinematografi serta penulis skrip sepenuhnya.

Bagi Areel sebagai seorang pengarah dia amat tegas untuk menyampaikan apa yang dimahukan tanpa pengaruh orang lain termasuk mana-mana produksi yang mahu bekerjasama dalam kos penerbitan.

"Ini filem kedua saya dengan kos sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak lain. Biarlah saya fakir asalkan perjalanan filem ini selesa.

walid 5

Seni silat menjadi elemen utama filem Walid.

"Saya tidak mahu ada yang mahu berkolaborasi namun perlu ikut apa yang mereka inginkan.

"Saya tiada kompromi dari sudut jalan cerita, pemilihan pelakon dan struktur yang ingin disampaikan. Kalau ada yang sanggup terima elemen ini dikekalkan saya boleh bekerjasama," tegasnya.

Filem ini bakal memulakan tayangan pada 14 September ini di seluruh pawagam Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain