suria

Selepas pukau penonton di Amerika Syarikat, ‘Walid’ masuk panggung Malaysia 14 September

Walid bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 14 September.

PENGARAH filem Areel Abu Bakar sekali lagi mengangkat elemen seni mempertahankan diri iaitu silat menerusi filem terbaharunya berjudul Walid.

Areel berkata, tema itu dipilih bagi mengangkat silat dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda mempelajari seni budaya seni mempertahankan diri itu.

Naskhah itu bertambah istimewa kata Areel apabila ia membariskan pelakon yang rata-ratanya mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.

"Saya memang memilih pelakon yang mempunyai ilmu silat kerana ia bergantung kepada keperluan skrip memandangkan ia adalah sebuah filem aksi.

walidd2 - 1

Walid mengangkat seni mempertahankan diri.

"Boleh dikatakan 99 peratus pelakon yang terlibat dalam aksi pertarungan adalah pesilat sebenar dan itu yang menjadi kelebihan kepada filem ini.

"Ia juga menjadi salah satu medium untuk menarik minat lebih ramai anak-anak muda mempelajari silat," katanya.

Dalam pada itu, Areel memberitahu, Walid bukan sekadar sebuah filem aksi semata-mata, malah turut mengetengahkan isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan ilmu silat yang merupakan warisan budaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Walid' masuk panggung Amerika, pengarah anggap kejayaan luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Ibrahim dapat jolokan 'pinggang kerengga', filem Dr. Rushdi paling beri impak - "Saya hanya ikut jalan cerita"

Kata Areel, Walid juga menggambarkan isu penting perdagangan manusia di mana kanak-kanak digunakan untuk menjadi komoditi dalam pasaran hitam global.

"Selain terhibur dengan cerita yang dipaparkan, saya harap penonton dapat melihat sisi lain kepada naskhah ini, terutama sekali dalam mengangkat warisan seni budaya kita sendiri sehingga ke luar negara.

"Malah, ia juga dibuktikan apabila filem Walid ini juga sudah ditayangkan di negara seperti Amerika Syarikat dan menunjukkan seni mempertahankan diri silat ini mampu menarik perhatian pihak luar," jelasnya.

walidd1 - 1

Walid sebelum ini ditayangkan di Amerika Syarikat.

Walid dibintangi beberapa barisan pelakon hebat termasuk Namron, Megat Shahrizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 September ini.

Sebelum itu, Walid juga telah ditayangkan di Amerika Syarikat iaitu Cine Village, New York pada 28 Julai hingga 3 Ogos serta Leammle Glendale, Los Angeles pada 11 Ogos hingga 17 Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain