PASANGAN pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri selepas selamat disatukan di sebuah ruang acara di Taiping, Perak pada petang Jumaat
Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Mengambil berkat hari Jumaat, Syafiq meluahkan rasa syukur majlis akad nikah itu berjalan lancar.
Mimi dan Syafiq ketika sesi batal air sembahyang.
"Alhamdulillah, berkahwin pada Jumaat yang berkat," ujarnya.
Pasangan suami isteri itu turut berkongsi beberapa keping foto bersama di atas pelamin.
Malah pengantin kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana berwarna putih.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto cincin... Syafiq Kyle dan Mimi Lana bernikah petang Jumaat
ARTIKEL BERKAITAN: “One step closer, Insya Allah” - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat
Khabar angin pernikahan mereka mula jadi bualan kerana sebelum itu kedua-duanya memuat naik gambar cincin seolah memberi bayangan bakal bernikah.
Pasangan ini pernah membatalkan majlis pernikahan mereka seminggu sebelum dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!